Pages

Sunday, November 6, 2011

BERKORBAN APA SAJA...... QURBAN AIDIL ADHA....... HANYA KERANA ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM....
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA QURBAN....




Dugaan Allah beri pada saya... Sabtu sebelum menyambut hari raya... tiba2 saja saya di serang penyakit Diarrhoea and Vomitting... tak sudah2 ke toilet. Kepala berpinar2... macam dalam hayalan ... Satu apa pun tak masak lagi... cuba juga menganyam daun kelapa nak buat ketupat.. nak angkat tangan pun tak larat..TV dah Takbir Raya tu... aduuuhhhh....  Pesan kat anak2.. emak tak larat... siapkan lah apa2 nak masak... nanti kalau mak larat mak bangun masak.. Pergi tidur dengan badan tak tentu rasa.. pening..letih...lesu... tuhan saja yang tahu... Pukul 4 pagi bangun... rasa macam lega sikit... tapi tetap pening sikit... Kuatkan semangat,.. bangun solat isyak dan menganyam 20 biji ketupat... masak dengan pressure cooker saja...   start la masak rendang ayam seekor jer... bangun saja kepala pusing melayang2... palpitation... sah hypoglycaemia... sebab tak makan apa2 dari semalam... mulut pahit nak makan.. minum la juga air gula campur oren yg ada dalam peti sejuk tu... sambil tu kejutkan anak2 suruh tolong...

Puas juga mengejutkan budak2 ni... mereka bukan faham maknya ni bagai rasa nak pengsan dah... Soleha dan Sufi bangun.. Soleha di tugaskan masak Lemak lodeh.. saya sambil duduk sambil mengajar cara masak.. Sufi pula masak kuah kacang. Sofea bangun dan di tugaskan menumbuk kacang tanah. Syamir pula basuh pinggan... Ni mana pula Yang besar ni... WANA... tak bangun...

Kami solat subuh berjemaah.. dan sama2 bertakbir Raya pagi tu. selesai solat. tugas memasak di teruskan. Pukul 7.30 semua selesai... saya sempat juga membungkus 6 ketul LEPET... masak menggunakan pressure cooker juga..

Semua bersiap2 untuk ke masjid bagi menunaikan Solat Sunat Aidil Adha. Semua pergi kecuali Wana... apa dah jadi dengan Wana ni.. semua makanan di masukkan kedalam bonet kereta.. untuk di bawa kerumah mak mertua saya . Kami semua Solat Hari Raya di Masjid Matrikulasi Tangkak (sebab dah lambat untuk ke Masjid Besar Tangkak).. Dalam perjalanan ke Masjid baru saya tahu..Rupanya Wana pun Ada Diarrhoea and Vomitting Juga... patut la tak turun dari pagi...

selesai solat Kami semua ke Rumah Mertua saya yang hanya beberapa kilometer jer da Masjid tu. Di sana barulah kami makan beramai2... kelam kabut punya pasal... lupa nak bawak kamera untuk ambil gambar..

pukul 11 pagi kami semua anak beranak ke Sungai Berlian ,Yong Peng untuk Melawat Pusara bapa mertua yang meninggal pada tahun lepas pada malam hari Raya Haji. Hari Raya ini Genap lah setahun Bapak meninggalkan kami semua... Al fatihah. Di pusara Bapak kami membaca tahlil beramai2..

Kami balik semua ke tangkak dan sampai ke Tangkak pada pukul 3 petang. Petang tu kami hanya menonton tv sahaja.

Pagi ni 7 November.. Hari untuk penyembelihan Lembu Qurban di taman saya. Tahun ni kami sekeluarga ada juga masuk bahagian qurban. Pagi2 lagi..pukul 8 ..penyebelihan sudah di buat. Ramai juga penduduk taman yang hadir untuk bergotong royong melapah dan membahagi2kan daging. Petang tu kami semua bergotong royong masak.









Malamnya selepas Maghrib kami membaca Yasin beramai2 di surau dan selepas solat Ishak kami mengadakan jamuan makan .







Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...

SEMUGA QURBAN KITA SEMUA DITERIMA OLEH YANG MAHA PENGASIH...ALLAH RABBUL JALIL...

AMIINN....