DIAMOND COTTAGE

Rumah Ku Syurga Ku.... Catatan Ikhlas dari rumah ku "DIAMOND COTTAGE"..Suka duka mengharungi kehidupan seharian bersama keluarga tercinta...khas untuk anda di sana...yang baik jadikan teladan.. yang tak baik jadikan sempadan...

Pages

  • Home

Sunday, January 22, 2012

Things You Didn't Know About Sleep



http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/0123.jpg
http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/054.jpg
http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/094.jpg
http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/13.jpg
http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/171.jpg
http://www.barnorama.com/wp-content/uploads/2010/10/18.jpg
  
Posted by Dr Siti Juariah Bt Kusni at 9:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, January 3, 2012

PERJUMPAAN KELUARGA YG BENAR2 HAPPENING YOU!



Assalamualaikum semua....



Syukor Alhamdullilah sekali lagi Keluarga Hj Kusni membuat perjumpaan hari keluarga dengan jayanya. Lokasi kali ini di "Diamond Cottage"... rumah saya di tangkak. Program bermula pada 31 disember 2011 dan berakhir 1 januari 2012.. Pertama kali we all membuat perjumpaan dalam 2 tahun..hehe! Sibuk juga mengendalikan program dengan tak cukup kaki tangan ini. Wana tak dapat cuti, nasib baik ada staf klinik yang nak sama2 bantu.. kalau tak susah juga. Dah lah saya tak berapa sihat.. batuk memanjang dengan very bad Laryngitis. Suara pun dah tak keluar nak menjerit!  aduss....

Semuanya bermula pada 31/12/2011 dimana semua ahli keluarga berkumpul di rumah saya di tangkak. Awal2 lagi Nur Soleha sunag meletakkan tag reserve booking untuk bilik2 di rumah tu supaya mereka semua dapat bilik masing2 dengan adil.

kedatangan ahli keluarga.. check in ..hehe

Paling awal sekali sampai nampaknya Kak Long sekeluarga. Kak Long datang dengan Yana dan anaknya Aween . Turut hadir juga Amel anak bujang bungsu kak Long.  Auzan tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu.  Oleh kerana mereka sampai awal..mereka di tugaskan masak nasi sendiri untuk tengahari tu!.

Kak Mariah dan keluarga juga sampai awal pagi lagi.. tetapi mereka sekeluarga singgah dulu di Zoo Melaka melayan cucu...  Sampai ke rumah pada sebelah petang, Rombongan kak Mariah paling besar sekali. 3 keluarga terdiri dari Noren suami Isteri dan anak, Suria suami isteri dan 3 anak2, Iman suami isteri dan anak bujang bungsu Ijam juga hadir.. Alhamdullilah!... Cuma Haris sahaja tidak dapat hadir kerana ada tugas yang tidak boleh di tinggalkan. 

Kak Umi bertolak dari kelang pada awal pagi lagi. Kak umi dan abang Juli membawa BAPAK KUSNI sekali dari kampung. Mereka bertolak ke Kelang dan terus ke Batu Pahat untuk melawat keluarga BAPAK di sana. Anak2 kak uni datang berasingan. Angah Nonoi datang suami isteri dengan 2 anak. Along suami isteri dengan 3 anak. Nampaknya keluarga ini paling complete pada kali ini.. Silap ..patut ada hadiah untuk "penyertaan keseluruh keluarga"!

Kak ca2 datang paling akhir sekali. Datang suami Isteri dengan Ijai dan Aam. Manakala Akmal datang dengan isteri. Ilda tak dapat hadir kerana sibuk dengan persiapan untuk masuk Maktab Perguruan di P Pinang. Nazmee dan Ilia pulak masih di kampus tak ada cuti.

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA KERANA SUDI HADIR!


Acara di mulakan dengan Solat Maghrib berjemaah. Kemudian bermulalah  memasak BBQ. Di samping itu ada juga masak nasi. Saya menyediakan juga coleslaw dan salad kentang juga sauce black papper untuk daging BBQ. Banyak juga yg di bakar malam itu.. Ayam, Kupang, Hot dog, Sweet potatoe, Otak2 ikan dan otak2 udang dari Johor Bahru. Juga ada pulut panggang, Fun fries juga nouget. Semua nampak enjoy sekali makan malam itu.

Acara Permainan rakyat bermula pada jam 9 malam. Malam itu diadakan perlawanan Congkak, Dam Haji dan Scrabbles. Perlawanan scrabble tamat hampir pukul 1 pagi.. wow ..masing2 tak mahu mengalah. Suria menjuwarai pertandinngan scrabbles!

dam haji


abang Ghani...wow..boleh tahan!



scrabble!


Ini dia juara scrabble!.. dah hari2 praktis kat FB...



congkak... depa ni memang semua terer.. kita jer tak tau main! tengok jer la..


Pagi2 kami semua solat Suboh berjemaah sekeluarga. di ikuti dengan    ramai2 membaca Surah Yassin dan Tahlil. Pukul 7.30 pagi di adakan Kuliah Suboh bersama Ust Awang dari Kolej Matrik Tangkak . Alhamdullilah nampaknya kedatangn untuk adaca ini 100%. Tahniah kepada semua kerana dapat bangun awal.. walau pun ada yang sempat join Kuliah sahaja. hehe

8.45 pagi sarapan pagi. Pagi itu saya menyediakan Pecal Lontong. Makanan kegemaran Masyarakat Jawa Sabak Bernam. Juga ada Mushroom soup dan Roti perancis Bakar, Pasta carbonara dan karipap. Licin Nampaknya Pasta dan mashroom soup. Sory la tak sangka pulak korang semua suka roti perancis bakar tu!

selepas Sarapan pagi kami semua bersedia dengan pakaian untuk acara telematch. Kami semua di bahagi kan kepada 6 kumpulan mengikut keluarga dan tema warna. Keluarga Along warna merah, keluarga kak Umi warna biru, keluarga Kak Mariah warna Hijau, Keluarga kak ca2 warna pink ,keluarga saya warna purple dan keluarga dek ley warna kuning

Ada 7 acara dipertandingkan. kumpulan yang paling banyak memenangi acara menjadi johan dalam permainan hari itu.


sebelum bermula, warm up dulu dengan di kepalai oleh orang Manjung. Terima kasih kerana sudi jadi voluntier. Selepas warm kami semua berdansa dengan tarian chicken dance.. wow.. best.. semua ahli keluarga sungguh spoting sekali!

Instructor senamrobik..


Ling Jalil pun bersemangat nak bersenam!..hehe


semua sungguh sporting!..caya lahh


terbang si burung terbang!

 angry bird pun ada!
 
Antara acara telematch adalah Baling Getah, Melastik ultraman, memancing ikan di pool, melontar bola dalam sarang telor, golf dan akhir sekali Bola beracun dan berebut kerusi.



sufi mencuba nasib...


cheewahh wak juli!



mengira jumlah getah!

Pemenang keseluruhan permainan adalah keluarga kak Mariah iaitu kumpulan hijau. Kumpulan biru dan pink mendapat sama markah untuk tempat 2.

acara memancing ikan.. enjoy...



membaling bola ping pong dalam bekas telor!


ini pemenang nya!


peserta hebat.. dulu nya pemain Negeri ..bola jaring..


golf.. tengok siapa yang masuk lubang!


Selepas penat bersukan kami semua berkumpul di rumah untuk makan tengahari. Hari itu menunya adalah Ikan Baung masak lemak cili api, Ayam Goreng lada hitam, batang keladi masak asam, kerabu thailand san ulam2 serta sambal belacam..ermmm dap..dap...

Sambil rehat2 tu ramai juga yang terjun ke kolam renag menyejukkan badan.

Selepas solat Zuhor, kami berkumpul semua untuk acara penutup. Pengurusi majlis menyampaikan ucapan. Penyampaian hadiah berikan oleh tuan rumah. Cabutan bertuah di adakan dan beberapa keluarga bertuah pada hari itu. Tuan Rumah Ling Jalil memberi ucapan dan acara di akhiri dengan ucapan dari wakil keluarga..acik Zaman. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar...


sayangnya tuan rumah tak ada camera untuk merakam hari bersejarah ini. gambar2 adalah dari camera anak saudara..Ismail.. thank you mail.. Tak ada pulak gambar masa acara penutup..huk..huk..

Semua beransur balik ke destinasi masing2 dan nampaknya Tanti paling last sekali balik.

Perghhhh... penat juga... hari ini kerja macam biasa.. rumah lom habis kemas tu.. Harap2 Soleha habiskan berkemas la....




Posted by Dr Siti Juariah Bt Kusni at 3:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

star


wellcome

http://anjungayu.blogspot.com

  • drjuariah62.edycart.com/index.php

Search This Blog

Total Pageviews

About Me

Dr Siti Juariah Bt Kusni
Tangkak, Johor, Malaysia
View my complete profile
Powered By Blogger

My Blog List

  • http://drjuariah62.edycart.com/index.php
    Its Medical Quote from many Doctors! =)
    14 years ago
  • Incompatible Browser | Facebook

star


Popular Posts

  • WHY HYDROGEN WATER..AND IT IS IZUMIO
    Why Hydrogen Water The molecule of hydrogen water is small enough to penetrate into cells deeply. The utmost thing is  hydrogen water c...
  • (no title)
  • KEHEBATAN AIR HYDROGEN IZUMIO...
    Assalamualaikum... KEPENTINGAN MOLEKUL HYDROGEN OLEH  Prof   Dr Shigeo Ohta  ... Singapore 19hb April 2015 Pada 18 dan 19 Ap...
  • OBESE... CARA MEMILIH MAKANAN YANG BETUL .JOM BELAJAR ..PART 3
    Setiap kali kita makan.. pernah ker kita terfikir.. berapa banyak kalori yang kita makan?.. Adakah makanan yang kita makan itu perlu atau me...
  • (no title)
    Air Ajaib Izumio Apa itu air? Apakah yang terkandung di dalam air? Air adalah kandungan daripada hidrogen dan oksigen. Hidro...
  • OBESE... PILIHLAH MAKANAN YANG ANDA MAKAN DENGAN BIJAK...PART 4...
    ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!! Sihat tak anda hari ini... Mulakan hari ini dengan diet yang sihat... Saya jadikan teh hijau ni sebagai minuman ha...
  • REUNION UKM MEDIC... SG PETANI... SATU PENGALAMAN YANG SUKAR DI LUPAKAN... ENJOY...
    ASSALAMUALAIKUM... Di mulakan dengan Bismillah.... Alhamdullilah selesai sudah  saya mengembara ke Sg Petani , Kedah... Memang penat ... ...

Followers

Blog Archive

  • ►  2016 (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2015 (6)
    • ►  September (2)
    • ►  April (4)
  • ▼  2012 (3)
    • ►  March (1)
    • ▼  January (2)
      • Things You Didn't Know About Sleep
      • PERJUMPAAN KELUARGA YG BENAR2 HAPPENING YOU!
  • ►  2011 (36)
    • ►  December (7)
    • ►  November (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (11)
    • ►  April (10)

CINTA TERAGONG


Hazama - Cinta Teragung Mp3
Musicaddict.com

tq

diamond cottage

diamond cottage

me

me
beloved darling
Simple theme. Powered by Blogger.