Pages

Wednesday, April 22, 2015

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 25 MUSIM BUNGA DI KOREA.. TAK HABIS TULIS..

ASSALAMUALAIKUM SEMUA

 13 Jun 2014.. Genap 25 tahun saya bergelar isteri kepada Mohd Jalil bin Sharif. Saya tidak pasti adakah saya akan menyambut hari perkahwinan kami yang ke 26 dan seterusnya. Ajal itu rahsia Allah. Kami sentiasa menyambut ulang tahun perkahwinan kami dengan sederhana sahaja. Sebiji kek, makan2, jalan2 menonton wayang, keluar negara berdua.. Seadanya lah. Tahun ini kami ke Korea, Alhamdullilah bumi korea yang sangat indah dengan bunga2an yang sangat cantik di musim bunga. Walaupun saya tidak lah berapa sihat. Berbagai ujian kesihatan Allah beri .. Tapi saya tahu..itu tanda Allah sayangkan saya. Allah mebasuh dosa2 saya dengan kesakitan2 yang saya rasa..InsyaAllah






Kami bertolak ke Seoul pada sebelah malam menaiki MAS dengan menggunakan khidmat pototravel agent. Sebelum boarding sempat makan malam di KLIA

Kami sampai si Seoul pada jam 7 pagi. Tour guide dari korea telah menunggu kami di lapangan terbang. 


Ingatkan dah sampai tu di bawa ke hotal untuk mandi dan tukar pakaian.. rupa2nya kami terus di bawa ke destinasi pertama kami , iaitu ke Nami Island.
Dengan kuasa Allah.. walau pun saya ada Rheumatoid Arthritis, saya tidak mendapat apa2 masaalah sepanjang berada di korea. Tidak menyusahkan orang lain.. Boleh berjalan kesana kemari. Thank you Allah.

Nami Island yang sangat indah..  Pulau yang sangat kecil dan berbentuk separuh bulan atau kacang. berjalan habis keliling pulau tu boleh siap dalam masa 1 jam sahaja.



Naik ferri ke Nami Island...


wow... memang pulau Asmara yang sangat mashor. Tempat penggambaran cerita Winter sonata. Rasa nak berguling2 atas padangnya yang menghijau di kelilingi dengan bunga2 yang berwarna warni. pokok2 pine besar yang menghijau di penuhi dengan lampu2 berbentuk seperti belon,,, wow.. cantik sekali.. 

Ini konon2nya berebut Hero Winter Sonata. Padahal saya tak tengok pun cerita itu. Dengarnya sangat bagus dan ada yg feeling habis tengok cerita ini. hihi




lampu yang berbentuk belon..


alang2 dah sampai sini..posing la romantik2 sikit.
Kalau kat Malaysia susah nak posing2 .. Banyak no paperrazzi..


balik dari nami island kami di bawa makan ke sebuah restoran korea.. Vegetarian food. seafood.. sayur2.. tauhu.. haiyoo.. tak tertelan.. tapi lapar makan jelah.. Kimchi memang makanan wajib di korea..




Orang sebelah kita ni makan bukan main lagi.. Apa pun telan saja...




No comments:

Post a Comment