Pages

Friday, April 29, 2011

OBESE... PILIHLAH MAKANAN YANG ANDA MAKAN DENGAN BIJAK...PART 4...

ASSALAMUALAIKUM SEMUA!!!!
Sihat tak anda hari ini... Mulakan hari ini dengan diet yang sihat... Saya jadikan teh hijau ni sebagai minuman harian saya untuk breakfast... tanpa gula.. dan saya enjoy dengan nya... saya rasa sihat.. anda cuba lah...


 1 cawan teh hijau premium Gold dengan 2 keping roti breakthru... cukup la... entah ..saya tak rasa lapar pun.. kadang2 terlupa nak lunch ada la...




Kita mulakan hari ini dengan mengira kalori yang anda telah makan hari ini dan semalam......

 Kita mulakan  dengan memilih makanan mengikut keperluan harian anda.. saya sertakan carta2 di bawah ini untuk panduan anda semua.... tengok lah...


Ingat... Cari Beras yang mempunyai GI yang rendah untuk kesihatan.... Beras2 organik.. beras merah adalah antaranya.


Untuk kesihatan... masak ayam dengan membuang kulitnya... saya akan ceritakan kenapa kemudian.... sabar...



Sayur2 lain tu... agak2 lebih kurang saja lah.. sayur2 mentah adalah lebih baik...


Kuih2 yang tidak terdapat di sini.. agak2 saja lah... Kurangkan makan makanan yang di goreng dengan minyak yang banyak ... kita cerita kemudian...

  Tak payahlah minum minuman dalam tin.atau kotak.. minuman berkarbonat.... semua mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi... minuman 3 in 1..4 in 1 juga sangatlah tidak baik...


Pesakit saya selalu bertanya pada saya... Doktor.. saya tak makan nasi.. kenapa saya gemok juga.?
Nak melawak sikit.. teringat lawak kumpulan sepah di Maharaja lawak.. Bila sorang kawan dia kata nak kuruskan badan dengan tak makan nasi... Kawan dia yang sorang tu jawab..GAJAH TU TAK PERNAH MAKAN NASI KENAPA GEMOK JUGA?...hahahaha... betul juga..

Bukan nasi sahaja yang menjadikan kita gemok.. tetapi TOTAL KALORI MAKANAN  yang kita ambil seharian.. Kita tak makan nasi.. tapi kita makan karbohidrat lain..Mee, Roti, Kentang... okay..anda kata anda juga tak mengambail semua itu..... Tapi gemok juga?

Air apa yang anda minum?... air tin?... 120 kalori tu
Minum teh tarik jer.... 83 kalori
Makan Goreng pisang jer tadi 5 ketul ( 5x 170) ... 850 kalori tu...
Makan goreng kentang jer..french  fries large ... tau tak 1 ketul kentang goreng tu memberi anda 405..jika sekotak larged tu ada 30 ketul (maybe lebih)..kalorinya dah 12150 kalori...wow ..banyaknya.!!!!  belum lagi burger dan air berkarbonatnya lagi bila anda ker MCD.....

Ok... lagi satu.. sambil menonton TV anda makan makan ringan... JAJAN

Kacang Goreng ..1 peket besar... kalorinya 850
kerepek kentang..1 peket besar...550 kalori!!!...
Biskut chips more paket kecil 85 gm ..400 kalori..

SEKARANG ANDA TAU..KENAPA ANDA GEMOK.. KENAPA ANAK2 KITA GEMOK... setiap balik sekolah mereka singgah ke kedai... beli jajan...

Cuba tengok Ice cream berapa kalorinya : 1 scoop saja sudah 145 kalori!!!...

JADI SENANG SAJA.. BIJAK MEMILIH MAKANAN... TUKARKAN SAHAJA APA YANG ANDA MAKAN SEKARANG...

Daripada makan jajan yang tak mengenyangkan... baik makan Nasi sepinggan.. kenyang..

Dari minum air berkarbonat.. minum saja air kosong.... hilang dahaga dan anda sihat..


 Contoh 3 jajan ni saja... Chips kentang dan chips more.... tak percaya..cuba tengok di bawah ini...
 Ini adalah maklumat pemakanan pada potato chips.. 1 paket mengandungi 549 kalori...  kenyang ke makan ini.. Kenapa kalorinya banyak sangat.. kerana ia cuma mengandungi 90% minyak sahaja.. tak percaya cuba  ambik sekeping dan bakar... marak menyala apinya.... OIL.... anda makan minyak sahaja.. 1 sudu minyak sawit bersamaan dengan 120 kalori..


 Yang ini pula maklumat pemakanan di belakang biskut chips more....... 447 untuk 100 gm sahaja..


Jadi.. semasa membeli makanan.. tolong tengok maklumat pemakanannya sekali.. juga tengok samaada ianya halal atau pun tidak... jangan pakai beli sahaja..


                                                  SAYANGI TUBUH BADAN ANDA...


Saya tak mahu bagi terlalu panjang hari ini... ada yang komplain lagi nanti...belajar biar sikit asal faham dan yang penting di amalkan..
Esok cuti... Ahad.. kita jumpa lagi minggu depan.. saya akan share lagi dengan anda semua tentang LEMAK.. dan bagaimana memilih lemak atau minyak yang betul dalam diet anda.. dan anda perlu tahu tentang FAT....sangat penting..

BYE jumpa lagi..

Thursday, April 28, 2011

OBESE... CARA MEMILIH MAKANAN YANG BETUL .JOM BELAJAR ..PART 3

Setiap kali kita makan.. pernah ker kita terfikir.. berapa banyak kalori yang kita makan?.. Adakah makanan yang kita makan itu perlu atau memberi manafaat kepada kita.. Ada kah  kita perlu makan ketika itu? .. dan kenapa kita perlu makan makanan itu...

Berapa panjangkah ukuran lidah kita? Cuma 7-9 cm sahaja... Walau sedap mana pun makanan itu.. cuma untuk di nikmati oleh lidah yang sepanjang 8 cm tu sahaja.. dan hanya untuk  beberapa saat sahaja.. selepas kita cepat mengunyahnya dan terus telan... lepas tu ..... masuk perut dan hahahaha...lu fikir la sendiri ...

Semuanya mengikut kebiasaan kita.. lidah kita akan menurut sahaja sebenarnya.. kalau kita biasa makan benda yang sama selalu... otak kita akan menterjemahkan sebagai biasa dan sedap.. lama2 kita akan merasa  makanan yang orang lain kata tak sedap sebagai sedap.. Contohnya.. orang India dah Biasa dengan Kari.. tanpa kari capati.. tak kenyang.. bagi dia.. sedap sangat tu,... kita tak pula boleh nak makan... sama juga ada orang masak mesti letak perasa.. jika tidak... perghhh...tak sedap..

Prinsipnya sama.. jika kita mengubah diet kita..mula2 memang banyak cobaan... sebab lidah, otak dan nafsu kita tak boleh nak terima perubahan.. lama2 ianya akan menjadi biasa dan tidak menjadi masaalah..

 Contohnya... anda mesti tak biasa minum kopi tanpa gula... tapi bila anda sudah biasa.. anda akan rasa nikmatnya.. anda akan tak boleh minum jika kopi itu bergula.. percayalah...

Ok...

Kita kena merancang apa yang kita perlu makan setiap hari.. Mulai dari sekarang..kita kena mengajar anak2 kita membezakan makanan yang baik dan makanan yang memudaratkan atau makanan tak sihat dan tak berkhasiat.

LEVEL AKTIVITI ANDA DAN KALORI KEPERLUKAN HARIAN

1. JARANG BERGERAK (Di tempat kerja; majoriti dari seharian anda hanya duduk di kerusi dan melayari intenet dan menaip sahaja. Di Rumah; majoriti hanay duduk dan menonton tv serta menaip sahaja)

KALORI  KEPERLUAN HARIAN ANDA ADALAH ; BMR X 1.2

2. AKTIF SEDIKIT (Di tempat kerja anda ada berjalan2 sedikit..seperti melayan pembeli atau menjada kana2 di nursery, mengajar. Di rumah anda ada mencuci pinggan mangkok, memasak, dan membersihkan rumah ) .Bersukan 1-3 kali seminggu

KALORI KEPERLUAN HARIAN ANDA ADALAH : BMR X 1.375

3. AKTIF ( Di tempat kerja anda sentiasa bergerak sepanjang hari,. Di rumah anda juga melakukan kerja2 di taman anda selain dari kerja rumah biasa dan bekerja di rumah melebihi 6 jam) .Bersukan 3-5 kali seminggu.

KALORI KEPERLUAN HARIAN ANDA ADALAH : BRR X 1.55

4. SANGAT AKTIF (Di tempat kerja anda melakukan kerja berat.. kerja2 pembinaan bangunan sebagai contoh...juga kerja2 ladang. Di rumah juga melakukan kerja2 berat. Bersukan  6-7 kali seminggu

KALORI KEPERLUAN HARIAN ANDA ADALAH : BMR X 1.725


UNTUIK MENGURANGKAN BERAT BADAN 1 KG SEMINGGU ANDA PERLU MENURUNKAN  40% DARI KALORI KEPERLUAN ANDA DALAM SEHARI.... hehe boleh ker?

ATAU

BERSENAM...

Contoh : 1. Berbasikal 1 jam kadar biasa bersiar2  : 300 kalori
              2. Berjogging 1 jam biasa                         : 550 kalori

sila rujuk exercise culculator di http://www.prohealth.com/weightloss/tools/exercise/calculator1_2.cfm sangat bagus untuk anda gunakan bagi yang rajin bersenam.

Untuk membakar 1 kg lemak dalam badan anda, ianya memerlukan 7800kalori tenaga.


MEMILIH MAKANAN YANG BETUL...

Sebelum tu kita kena tahu dulu beberapa perkara...

GLYCEMIC INDEX(GI)

GI mengukur kadar penukaran karbohiderat kepada glukose dalam badan kita. Jenis karbohidrat yang cepat di tukarkan kepada glukose mempunyai GI yang tinggi. Sebaliknya Karbohidrat yang lambat dan perlahan2 di tukarkan kepada glukose mempunyai GI yang rendah..

KENAPA MEMILIH MAKANAN YANG RENDAH GI PENTING DALAM DIET KITA?...

Bila Karbohiderat cepat sangat di tukarkan kepada glukose... berlaku peningkatan glukosa secara mendadak dalam badan kita. Ini menyebabkan berlaku juga pengeluaran Insulin yang banyak dari kelenjar pankreas.. Glukose akan di cernakan dengan cepat... tiada glukose dalam darah sedangkan ada  berlebihan insulin hasil dari rangsangan tadi. Ini menyebabkan SMS di hantar ke otak kita menyatakan... HYPO>>>LAPAR>>>>  dan kita akan makan lagi... fenomena ini di sebut sebagai CARBOHYDRATE CRAVING..

Anda juga kena tahu bahawa TENSION juga merangsang pengeluaran hormon cortisol yang akan merangsang pengeluaran Insulin dan akan menyebabkan carbohyderate craving. Itu sebabnya orang yang dalam stress akan selalu lapar.. kuat makan dan OBESE.... sebenarnya banyak penerangan yang sedikit komplikated... tak perlu lahkan....




GI bawah dari pada 55 adalah di kira sebagai low.. dan jika melebihi 70 di katagorikan sebagai high GI
saya sertakan juga senarai beberapa makanan dengan GI masing2 untuk panduan anda semua... yang lain2 tu anda carilah sendiri di internet...








Tak payahlah saya terangkan apa itu satiety index i.. Yang penting makanan yang mempunyai G:S ratio yang rendah adalah yang terbaik bagi mereka2 yang ingin menurunkan berat badan.


OLEH KERANA MAKANAN RUJI KITA NASI... BERAS PUTIH MEMPUNYI GI YANG SANGAT TINGGI ..IAITU 92 = GULA PUTIH.. 
Di Malaysia beras yang mempunyai GI yang sangat rendah adalah Beras Faiza Herbal Ponni ..Mengandungi 70% rendah karbohaiderat juga (saya bukan agen dan ada share dengan faiza co tau!!!..hello!!!.....)


DI BAWAH INI ADALAH PYRAMID MAKANAN KLASIK..YANG KITA BELAJAR DULU... kajian mendapati ianya tidak sesuai untuk kita sekarang dan penyebab obesiti. Kita di suruh makan banyak karbohiderat...Itu untuk tok nenek kita dulu yang bekerja di kebun dan sawah..bukan untuk kita...






Pyramid makanan yang dibawah  ini adalah yang lebih baik untuk generasi sekarang. Mengelakkan Obesiti dan untuk kekal sihat. Banyakkan  sayuran dan makanan low GI dan karbohiderat terletak di petak no 2 atas....






BACALAH SATU PETIKAN ARTIKEL INI UNTUK RENUNGAN ANDA SEMUA!!!!
KALAU YANG MALAS BACA..SCROLL TERUS KE BAWAH......OK.........

RICE and other grains like wheat and corn can actually be worse than sugar. In fact, if you go by the glycemic index (GI) and glycemic load (GL) studies, white rice is almost equal to white sugar.
Indeed, white rice has an index of 92 versus 100 for sugar. The glycemic load is 30 — in excess of the 20 that it he upper limit per "good carbohydrate" serving. 
However, there are several reasons why rice is worse than sugar:
* Rice becomes sugar 
This is a fact that no nutritionist can deny: rice is chemically no different from sugar. Remember the experiment in school where you chewed on some cooked rice for a while. After a while, it turned sweet!
Actually, one bowl of cooked rice is the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. It does not matter whether it is white, brown or herbal rice.
A bowl of brown rice is richer in fibre, some B vitamins and mineral but it is still the caloric equal of 10 teaspoons of sugar. 
To get the same 10 teaspoons of sugar, you need to consume to lots of kangkong — 10 bowls of it. 
* Rice cannot be digested before it is thoroughly cooked. However, when thoroughly cooked, it becomes sugar and spikes circulating blood sugar, within half an hour — almost as quickly as it would if your took a sugar candy. 
* Rice is also lacking in the "rainbow of anti-oxidants". This complete anti-oxidant rainbow is necessary for the effective and safe utilisation of sugar.
Fruits come with a sugar called fructose. However, they are not empty calories as the fruit is packed with a whole host of other nutrients that help its proper assimilation and digestion. 
* Rice has no fibre
The fibre of the kangkong fills you long before your blood sugar spikes. This is because the fibre bulks and fills your stomach. Since white rice has no fibre, you will end up eating lots of this "calorie dense" food. 
Brown rice has more fibre but still the same amount of sugar. 
* Rice is tasteless while sugar is sweetThere is only so much you can eat at one sitting. How many teaspoons of sugar can you eat before you feel like throwing up? 
How many bowls of rice would you eat at lunch in a banana leaf restaurant today? 
Another point worth noting is that rice is always the main part of the meal. While sugar may fill your dessert or sweeten your coffee, it will never be the main part of any meal. You could eat maybe 2-3 teaspoons of sugar at one meal.
However, you could easily eat the equivalent of two to three bowls, which translates to 20-30 teaspoons of sugar, in one meal. 
I am always amused when I see someone eat sometimes five bowls of rice (50 teaspoons of sugar) at a banana leaf restaurant and then ask for teh tarik that is kurang manis!
There is no real "built in" mechanism for us to prevent overeating rice. How much kangkong can you eat? How much fried chicken can you eat? How much steamed fish can you eat? 
Think about that. In terms of just quantity, where will you eat more — at a banana leaf restaurant where rice it the bulk or a western restaurant serving grilled fish and broccoli?
You eat more salt
As rice is tasteless, you tend to consume more salt — another villain when it comes to high blood pressure. 
You tend to take more curry which has salt to help flavour the tasteless rice. We also tend to consume more ketchup and soy sauce which are also rich is salt. 
* Eating rice causes you to drink less water. The more rice you eat, the less water you will drink as there is no mechanism to prevent the overeating of rice. 
* Rice, wheat and corn come hidden in our daily food. As rice is tasteless, it tends to end up in other substitute foods like rice flour, noodles and bread. 
* Rice, even when cooked, is difficult to digest. It is "heavy stuff". 
If you have problems with digestion, try skipping rice for a few days. You will be amazed at how the problem will just go away. 
* Rice prevents the absorption of several vitamins and minerals. When taken in bulk, it reduces the absorption of vital nutrients like zinc, iron and the B vitamins. 
Actually, you were not meant to eat rice. You see, our genes have hardly changed in more than 30,000 years. 
However, our food and lifestyle has changed dramatically. The caveman would hardly recognise our food or way of life. 
Caveman food was never cooked as fire was not yet tamed. Thus, he ate only those foods that you can eat without treatment with or by fire. 
The stuff that he ate were fruits, vegetables, fish (sushi anyone?), eggs, nuts and meat. 
Yes, even meat. You can even eat meat raw if you were starving in the forest. You have the necessary enzyme systems to digest meat.
However, rice, like wheat and corn, cannot be eaten raw. It must be cooked. Even if you are starving in the desert, you cannot eat rice in the raw form. This is because we do not have the system of enzymes to break rice down. 
Thus, the caveman never ate rice. As you share the same genetic code, you shouldn’t too. To make matters worse, you not only eat rice, but also make it the bulk of your food. In some parts of Asia, rice forms up to 85 per cent of the plate.
Even if you take rice, keep it to a minimum. Remember, it is only for your tongue, not your body. 
* Rice is actually vitaminless, mineraless, colourless, flavourless, fibreless and useless. 
Can you rely on rice to keep you healthy? Eat a colourful and varied diet. 
Are you addicted?
Going rice-less may not be easy but you can do it. Here are some strategies that you can pursue in your quest to eat less rice:
• Cut your rice by half. Barry Sears, author of the Zone Diet, advises "eating rice like spice".
Instead, increase your fruits and vegetables. Take more lean meats and fish. You can even take more eggs and nuts.
• Have rice-less meals — take no rice or wheat at breakfast. Go for eggs instead. 
• Go on rice-less days — go ‘western’ once a week. Take no rice and breads for one day every week. That can’t be too difficult. 
• Appreciate the richness of your food — go for taste, colours and smells. Make eating a culinary delight. 
Enjoy your food in the original flavours. Avoid the salt shaker or ketchup. You will automatically eat less rice. 
Eat your salads before your meal. You many even eat your fruit dessert before your meals. The fibre rich fruits will "bulk up" in your stomach. 



Saya Ingin mengingatkan anda semua tentang roti ini.... Ingat tak BREAKTHRU gardenia.. Resipinya di cipta olih DR Fatimah Lecturer saya masa di UKM dulu... Roti yang mempunyai GI yang sangat rendah... Jika .nak turunkan berat badan...atau nak kekal sihat... Makan lah roti ini... Mahal la sikit... (saya juga tak ada share dengan gardenia yer....)


tengok saja labelnya GI value untuk 2 keping hanya 15.1 sahaja...


Tiga jenis roti ini juga mengandungi kandungan kalori yang berbeza..






ok..dah penat ni... nanti you all pun tak boleh nak terima...............

KITA SAMBUNG ESOKLAH YER  PART 4....... INGAT... AMBIL MAKANAN YANG LOW GI...
Esok kita cerita lagi tentang pemilihan makanan...saya akan berikan jumlah kalori makanan2 tang biasa kita ambik untuk panduan anda. InsyaAllah....


OBESE.... BERDIET DENGAN BIJAK...JOM BELAJAR ..PART 2

Ada ker kita ini obese?.. Pelbagai kaedah untuk mengukur obesiti..,. Kaedah termudah adalah dengan menggunakan penimbang... Timbang berat anda..   dan ukur tinggi anda... kemudian tentukan anda ini mempunyai rangka yang kecil, sederhana atau besar...

BERAT BADAN IDEAL UNTUK PEREMPUAN

                             Rangka kecil            Rangka sederhana                 Rangka besar

TINGGI(cm)              BERAT (KG)        BERAT (KG)                    BERAT(KG)
145                                 35                                39                                                        43
147                                 37                                41                                                        45
150                                 39                                43                                                        48
152                                 41                                46                                                        50
155                                 43                                48                                                        53
158                                 45                                50                                                        55
163                                 49                                55                                                        60
165                                 51                                57                                                        63
168                                 53                                59                                                        65
170                                 55                                61                                                        68



BERAT BADAN IDEAL UNTUK LELAKI


                         Rangka kecil                      Rangka sederhana             Rangka besar
TINGGI(cm)                   BERAT (KG)          BERAT (KG)                 BERAT(KG


152                                 43                                             48                                           53
155                                 46                                             51                                           56
158                                 48                                             54                                           59
160                                 51                                             56                                           62
163                                 53                                             59                                           65
165                                 56                                             62                                           68
168                                 58                                             65                                           71
170                                 60                                             67                                           74
173                                 63                                             70                                           77
175                                 66                                             73                                           80
178                                 68                                             75                                           83


Okay semua..cek berat ideal masing2... ambik jer lah semua rangka sederhana.... Ada yang masih ideal lagi ker... TAHNIAH KEPADA YANG MASIH MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL.. belajar macammana nak maintain ideal sahaja..

Ada juga yang mengukur tahap Obesiti menggunakan BMI ( body mass Index) atau Indeks Jisim badan.

APA ITU BMI
Ia merupakan pengukuran langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu.


BMI                          Berat (kg)
                           ___________________
                            tinggi (m) x tinggi (m)




Jika berat anda 60kg dan tinggi anda 157cm BMI anda adalah   =   24.3
                                                                                                                                                                                                             
            UKUR BMI ANDA SEKARANG...

          Kurang dari 18.5             = Kekurangan berat badan (under weight)
          18.5-24.9                       = Normal
          25.0-29.9                       = berlebihan berat badan ( over weight)
          30.0 keatas                     = Obese atau Gemok

Walaupun ada pakar2 kesihatan yang tidak gemar menggunakan BMI kerana kurang tepat.. tetapi ianya baik sebagai panduan asas untuk kita berjaga-jaga...


Setelah tahu di katagori mana anda sekarang... anda juga perlu tahu  berapa kalori yang kita perlukan setiap hari untuk maintain pada keadaan anda yang sedia ada sekarang.

JOM KITA KIRA..

MULA2 KITA KIRA BMR KITA

Ingat formula?

PEREMPUAN = 655+(9.6XBERATkg) + (1.8 X TINGGI cm) -( 4.7 X UMUR tahun)

Ok contoh : berat anda 60kg tinggi 157cm umur anda 49 tahun
                  
                        = 655+(9.6 x 60)+(1.8x157) - (4.7 x 49)
                    
                        = 1282.3

Ini bermakna kalori yang anda perlukan semasa anda rehat tidak membuat apa2 kerja..mungkin tidur adalah 1282 kalori..

Oleh itu jika hari itu anda tidak melakukan apa2 kerja..hanya baring2 dan menonton tv sahaja.. kalori yang anda perlukan untuk hari itu hanyalah setakat 1600 dan paling maksima pun 1800 kalori sahaja.

Jika anda sederhana aktif  kalori yang kita perlukan SEHARI  hanyalah sekitar 1600-2000 kalori bagi perempuan dan 2000-2500 bagi lelaki.

DARI SINI ANDA SENDIRI TAHU SEBANYAK MANA KALORI YANG BADAN ANDA PERLUKAN SETIAP HARI.... KIRA LAH....

Darimana sebenarnya datangnya kalori dari makanan kita?

Sudah semestinya daripada pembakaran karbohaiderat, protein dan lemak yang kita makan la..
Yang penting end productnya adalah tenaga dalam bentuk kalori...

Bagaimana proses2nya ..tak payah lah nak menyerabutkan kepala kita semua untuk belajar... Cukuplah penat belajar masa di medic fac dulu....kita belajar yang asas sahaja supaya  mudah untuk di fahami ... yang penting faham.....

TAHUKAH ANDA BERAPA KALORI YANG ANDA TELAH MAKAN HARI INI ?

Ok saya tolong kirakan....

BREAK FAST
(Malas masak makan kat warong)
                                                                                                kalori
Nasi lemak sepinggan +sambal                                                    400
telor goreng sebiji                                                                        110
Ayam goreng sepotong                                                                255
air teh tarik                                                                                  150
sebiji karipap                                                                               130
TEA BREAK PUKUL 10
Nescafee                                                                                     120
sandwitch sardin 1                                                                         70
popia basah 1                                                                                95
MAKAN TENGAHARI
Nasi kosong (1 cawan tak tambah ni                                            260
Ayam kari berkuah                                                                      250
sambal udang                                                                                70
sayur kobis                                                                                   60
air sirap                                                                                      140
sepotong tembikai                                                                         20
MINUM PETANG                                                        
teh tarik                                                                                     150
goreng pisang 5 keping (5x170)                                                 850
MAKAN MALAM
nasi Kosong                                                                              260
ikan kembong goreng                                                                140
sayur lemak kangkong                                                               120
air sirap                                                                                     140
                                                          
JUMLAH KALORI                                                       3790  Kalori



INI BELUM DI TAMBAH LAGI DENGAN KACANG GORENG 1 PEKET (850 KALORI).. AIR TIN BERKARBONAT DALAN PERJALAN BALIK KERJA TADI..(120 KALORI)

Kalau di campur semua JUMLAH KESELURUHAN KALORI ANDA HARI INI ADALAH : 4760

Hari ini ada sudah terlebih 2760 kalori cik kak dan cik abang oi.... mana nak pergi 2760 kalori ni... samaada anda balik rumah joging 1 jam atau main badminton selama sejam.. jika tidak ianya akan di simpan...... sebagai lemak....

Kita kena bijak memilih makanan kita... kita akan kenyang, kalori berpatutan dan berat badan terkawal...
Anda juga kena mengambil tahu jumlah kalori setiap makanan yang kita ambil...
buang sikap yang tak baik... contohnya..

MEMBAZIR JER BUDAK2 NI MAKAN TAK HABIS.... BAIK AKU HABISKAN!!!..


KUIH SEMALAM NI SAYANG TAK HABIS.... HABISKAN LAH...


ALAHHH.... AKU TAK MAKAN... MAKAN JAJAN JER.... 


INGAT!!... BADAN KITA BUKAN TONG SAMPAH.... MENGAMBIL SEGALA SISA2 YNG TAK HABIS TU..... BUANG PADA TEMPAT YANG BETUL.... MASAK BIAR KURANG.. JANGAN BERLEBIH...

Esok kita cerita memilih makanan yang betul... belajar tentang makanan  dan  pengetahuan tentang kalori makanan... harap2  anda  belajar lagi selepas ni.....

SEMENTARA INI NASIHAT SAYA... MINUM AIR MINERAL BANYAK2.... AIR KOSONG..AGENT DETOX YANG PALING BAIK...


Atas nasihat pakar... saya sekarang minum air kosong 5 litre sehari....  muka bersih berseri2...hehe...
Jangan jeles..... Ikut jer ler petua ini.. bangun pagi2 sebelum gosok gigi..minum dulu air kosong....


 Ok ini dulu untuk hari ini... Kita sambung esok... PART 3...


Tuesday, April 26, 2011

OBESE............ JANGAN LA SAMPAI ANAK2 KITA JADI MACAM NI.. kesian masa depan mereka...


Dari sekarang kita ajar mereka cara makan yang betul.. Juga kebaikan keburukan makanan ringan yang hanya mengandungi  semata2 OIL... mean kalori... tanpa hasiat... 1 paket jajan... bersamaan dengan  sepinggan nasi kalorinya... kenyangnya tidak... 1 paket tak cukup.... Inilah hasilnya.... GEMOK sebab kalori berlebihan...

OBESE...OBESE...AKU SUDAH OBESE.... SO? JOM KITA SAMA2 BELAJAR..PART 1...

Tahun berganti tahun... hari silih berganti... Seorang demi seorang anak di lahirkan... usia makin meningkat.. Tanpa di sedari. bila semua telah berlalu..bila  anak2 sudah membesar... baru perasan.. baju2 lama sudah tak muat.. semakin hari semakin bertukar saiz.. dari M..pergi ke L.. kemudian XL.. seterusnya XXL... Dagu sudah berlabis.. abdomen sudah berketak2.. Lutut sudah mula sakit kerana tidak dapat menampung beratnya badan....owwhhh   aku sudah OBESEEEEE............

Dari kajian 16.8 juta rakyat Malaysia adalah OBESE.. Ini bersamaan dengan 60% daripada  keseluruhan rakyat Malaysia. Ini menjadikan Malaysia di labelkan sebagai negara ORANG GEMOK... ada tak yang terasa sebagai  penyumbang dalam percent diatas... yeay..saya salah sorang daripadanya...

                                      
   Agak2 berapa kilo tu?... cuba terkaaaa....      terlebihhh sudahhh......  (sorry kaki tak lawa..hehe)
                                

Gunakan alat penimbang yang betul.. Alat yang saya guna ini  Mengukur.Total body weight (Berat keseluruhan badan), Body fat ( lemak badan), Total body water (jumlah air dalam badan) , visceral fat (lemak menyelaputi organ2 dalam badan juga ada beberapa  bacaan lain termasuk metabolic age... Aduhhh ini yang parah.. umur muda lagi.. baru 29... Metabolic age (inner age) dah 58.... parah ni cik kak dan cik abang oii..
Mari kita sama2 timbang....  
Ramai yang bertanya pada saya bagaimana cara menurunkan berat badan dengan cara yang betul.. meh..kita belajar sama2...                            



BEBERAPA PERKARA YANG KITA PERLU TAHU SEBELUM CUBA MENURUNKAN BERAT BADAN..

Jangan berdiet membabi buta tanpa Ilmu... Nanti kita hanya dapat lapar dan dahaga sahaja.. tetapi badan tetap juga tidak kurus..

1. METABOLISMA (METABOLISM)
Adalah bermaksud tindak balas kimia (chemical reactions).. dalam kontek kita bermaksud  'tindak balas yang menggunakan kalori badan'.. atau pembakaran kalori badan.

2. BMR (BASAL METABOLIC RATE)
Adalah bermaksud Kalori minima yang di perlukan untuk badan kita semasa rehat... Tenaga ini di gunakan oleh organ2 dalam badan kita seperti jantung, paru2, usus dan seluruh cell yang ada untuk fungsi normal.

3.KALORI 
Unit ukuran untuk tenaga.. Setiap sel dalam badan kita memerlukan tenaga untuk berfungsi dengan normal

CARA PENGIRAAN BMR

PEREMPUAN

655 + (9.6Xberat(kg)) + ( 1.8 x tinggi(cm) - (4.7 x umur (tahun)

LELAKI

66 + (13.7 X berat (kg)) + ( 5x tinggi (cm))-6.8 x umur (tahun))


KENAPA PENTING UNTUK MENGETAHUI PENTINGNYA BMR KITA?

Kalau tak tahu BMR..macammana kita nak tahu berapa keperluan kalori minima kita. Dan jika tak tahu..macammana kita nak berdiet...

Jika BMR kita rendah... kita mengambil kalori yang sangat tinggi.. sudah pasti anda tahu apa akan jadi kan?

Keperluan kalori adalah = BMR + aktiviti badan hari itu

Jika kalori yang kita ambil melebihi dari keperluan harian.... maka ianya akan di simpan dalam bentuk lemak dalam badan kita.
Sebaliknya jika kalori yang kita ambil..kurang dari keperluan maka badan akan membakar lemak simpanan kita untuk di tukar kepada kalori..

Setiap 8000 kalori yang berlebihan..akan di simpan menjadi 1 kg lemak... perghhh..banyak tu...

Ok anak semua..... esok kita pergi ke Part 2 yer.. belajar kena sikit2 baru masuk... hafalkan yg ni dulu.. dah hafal baru belajar yang lain... lepas ni kita belajar pula cara berdiet yang bijak..


INGAT... TURUNKAN BERAT BADAN UNTUK SIHAT... SAKIT JANTUNG PEMBUNUH NO 1 SELEPAS KEMALANGAN JALAN RAYA.... Kita juga kena tahu..kenapa ada orang yang kurus..mati kena serang sakit jantung.... tunggu....PART 2...

bye....

Monday, April 25, 2011

KEK CHOKLATE CIPLAK DARI ANJUNG SERI....

copy n paste jer..sorry kak...


KEK CHOCLATE

250gm butter
10 oz gula caster
2 camca vanila
semua bahan dipukul hingga kembang

8 oz tepung superfine
2 oz serbuk coco
2 sudu baking powder double action
1/4 sudu cream of tartar
semuanya diayak 2x

4 biji telur grade `A' }
1 1/3 caawan susu formos} - disejukkan

3 sudu besar oren sun quick
2 sudu besar nescafe


cara: seperti biasa

resipi memang nampak biasa jer...... tiada yang istimewa..... tapi... tetap lain dari yang lain.... dan ada cerita di sebalik pembuatan kek ini....

Boleh ikuti ceritanya nanti......

Sunday, April 24, 2011

KISAH BIRTHDAY KEK KU

Birthday celebration tak ada kek..  Masa celebrate birthday anak buah hari tu dia orang ada beli kek dari secrete recipe... sangat sedap kek itu.. ada kacang2 dan buah dalam cream dia.. tak tau apa nama kek tu.. Dah cari masa birthday husband di Secrete Recepi Segamat ..tak jumpa.. tak ada..

Sebab suka sangat dengan kek tu. husband janji nak belikan untuk birthday.. Dia bagi Along Atiqah duit untuk cari di Melaka..

Pagi tu.. sakit sangat kepala Migraine.. pagi2 bangun dah migraine.. kerja rumah berlambak tak siap... Soleha tak tolong buat rupanya... dapur bersepah... pinggan berlonggok.. baju2 tak masuk mesin.. yang dalam mesin tak jemur... makin berdenyut kepala... betuah betul anak2 kita ni...........

Buka peti sejuk.... wow ada kek.. intai sikit ... macam bukan kek yang kita nak jer..huk..huk.. dah la kek kosong.. tak tulis apa2... malas nak tengok lagi..merajok... buat ajer kerja dan tinggalkan pergi klinik..

Malam tu... Dia orang panggil... potong kek... muncung sikit la..." ini bukan kek yg kita nak.."...

Bila potong.. owhhh... cheese kek rupanya...sedap juga. ... tapi tak la my favourite sangat...  bolehh la..

                                
                                      Kek tak bertulis pun apa2 yer... Nak atur lilin...
                                       banyak sangat....
                                      Tak tertiup nanti....


                                      
                                         penggemar cheese cake mesti suka... lapisan atas
                                         sekali choklat cream,   cake..last sekali mcm
                                         biskut jer... potong tak pandai.. buruk rupa jadinya
                                         kena komplain juga...                                      
                                    


Anyway... Thank you my Hubby for the cake....mahal tu... Memang bukan yg kita nak..tapi masa menyuruh tu arahan dan diskripsi tak lengkap.... Tak apa....

Habis langsai juga semuanya.....