BERAT BADAN IDEAL UNTUK PEREMPUAN
Rangka kecil Rangka sederhana Rangka besar
TINGGI(cm) BERAT (KG) BERAT (KG) BERAT(KG)
145 35 39 43
147 37 41 45
150 39 43 48
152 41 46 50
155 43 48 53
158 45 50 55
163 49 55 60
165 51 57 63
168 53 59 65
170 55 61 68
BERAT BADAN IDEAL UNTUK LELAKI
Rangka kecil Rangka sederhana Rangka besar
TINGGI(cm) BERAT (KG) BERAT (KG) BERAT(KG
152 43 48 53
155 46 51 56
158 48 54 59
160 51 56 62
163 53 59 65
165 56 62 68
168 58 65 71
170 60 67 74
173 63 70 77
175 66 73 80
178 68 75 83
Okay semua..cek berat ideal masing2... ambik jer lah semua rangka sederhana.... Ada yang masih ideal lagi ker... TAHNIAH KEPADA YANG MASIH MEMPUNYAI BERAT BADAN IDEAL.. belajar macammana nak maintain ideal sahaja..
Ada juga yang mengukur tahap Obesiti menggunakan BMI ( body mass Index) atau Indeks Jisim badan.
APA ITU BMI
Ia merupakan pengukuran langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat di dalam badan kebanyakan individu.
BMI Berat (kg)
___________________
tinggi (m) x tinggi (m)
Jika berat anda 60kg dan tinggi anda 157cm BMI anda adalah = 24.3
UKUR BMI ANDA SEKARANG...
Kurang dari 18.5 = Kekurangan berat badan (under weight)
18.5-24.9 = Normal
25.0-29.9 = berlebihan berat badan ( over weight)
30.0 keatas = Obese atau Gemok
Walaupun ada pakar2 kesihatan yang tidak gemar menggunakan BMI kerana kurang tepat.. tetapi ianya baik sebagai panduan asas untuk kita berjaga-jaga...
Setelah tahu di katagori mana anda sekarang... anda juga perlu tahu berapa kalori yang kita perlukan setiap hari untuk maintain pada keadaan anda yang sedia ada sekarang.
JOM KITA KIRA..
MULA2 KITA KIRA BMR KITA
Ingat formula?
PEREMPUAN = 655+(9.6XBERATkg) + (1.8 X TINGGI cm) -( 4.7 X UMUR tahun)
Ok contoh : berat anda 60kg tinggi 157cm umur anda 49 tahun
= 655+(9.6 x 60)+(1.8x157) - (4.7 x 49)
= 1282.3
Ini bermakna kalori yang anda perlukan semasa anda rehat tidak membuat apa2 kerja..mungkin tidur adalah 1282 kalori..
Oleh itu jika hari itu anda tidak melakukan apa2 kerja..hanya baring2 dan menonton tv sahaja.. kalori yang anda perlukan untuk hari itu hanyalah setakat 1600 dan paling maksima pun 1800 kalori sahaja.
Jika anda sederhana aktif kalori yang kita perlukan SEHARI hanyalah sekitar 1600-2000 kalori bagi perempuan dan 2000-2500 bagi lelaki.
DARI SINI ANDA SENDIRI TAHU SEBANYAK MANA KALORI YANG BADAN ANDA PERLUKAN SETIAP HARI.... KIRA LAH....
Darimana sebenarnya datangnya kalori dari makanan kita?
Sudah semestinya daripada pembakaran karbohaiderat, protein dan lemak yang kita makan la..
Yang penting end productnya adalah tenaga dalam bentuk kalori...
Bagaimana proses2nya ..tak payah lah nak menyerabutkan kepala kita semua untuk belajar... Cukuplah penat belajar masa di medic fac dulu....kita belajar yang asas sahaja supaya mudah untuk di fahami ... yang penting faham.....
TAHUKAH ANDA BERAPA KALORI YANG ANDA TELAH MAKAN HARI INI ?
Ok saya tolong kirakan....
BREAK FAST
(Malas masak makan kat warong)
kalori
Nasi lemak sepinggan +sambal 400
telor goreng sebiji 110
Ayam goreng sepotong 255
air teh tarik 150
sebiji karipap 130
TEA BREAK PUKUL 10
Nescafee 120
sandwitch sardin 1 70
popia basah 1 95
MAKAN TENGAHARI
Nasi kosong (1 cawan tak tambah ni 260
Ayam kari berkuah 250
sambal udang 70
sayur kobis 60
air sirap 140
sepotong tembikai 20
MINUM PETANG
teh tarik 150
goreng pisang 5 keping (5x170) 850
MAKAN MALAM
nasi Kosong 260
ikan kembong goreng 140
sayur lemak kangkong 120
air sirap 140
JUMLAH KALORI 3790 Kalori
INI BELUM DI TAMBAH LAGI DENGAN KACANG GORENG 1 PEKET (850 KALORI).. AIR TIN BERKARBONAT DALAN PERJALAN BALIK KERJA TADI..(120 KALORI)
Kalau di campur semua JUMLAH KESELURUHAN KALORI ANDA HARI INI ADALAH : 4760
Hari ini ada sudah terlebih 2760 kalori cik kak dan cik abang oi.... mana nak pergi 2760 kalori ni... samaada anda balik rumah joging 1 jam atau main badminton selama sejam.. jika tidak ianya akan di simpan...... sebagai lemak....
Kita kena bijak memilih makanan kita... kita akan kenyang, kalori berpatutan dan berat badan terkawal...
Anda juga kena mengambil tahu jumlah kalori setiap makanan yang kita ambil...
buang sikap yang tak baik... contohnya..
MEMBAZIR JER BUDAK2 NI MAKAN TAK HABIS.... BAIK AKU HABISKAN!!!..
KUIH SEMALAM NI SAYANG TAK HABIS.... HABISKAN LAH...
ALAHHH.... AKU TAK MAKAN... MAKAN JAJAN JER....
INGAT!!... BADAN KITA BUKAN TONG SAMPAH.... MENGAMBIL SEGALA SISA2 YNG TAK HABIS TU..... BUANG PADA TEMPAT YANG BETUL.... MASAK BIAR KURANG.. JANGAN BERLEBIH...
Esok kita cerita memilih makanan yang betul... belajar tentang makanan dan pengetahuan tentang kalori makanan... harap2 anda belajar lagi selepas ni.....
SEMENTARA INI NASIHAT SAYA... MINUM AIR MINERAL BANYAK2.... AIR KOSONG..AGENT DETOX YANG PALING BAIK...
Atas nasihat pakar... saya sekarang minum air kosong 5 litre sehari.... muka bersih berseri2...hehe...
Jangan jeles..... Ikut jer ler petua ini.. bangun pagi2 sebelum gosok gigi..minum dulu air kosong....
Ok ini dulu untuk hari ini... Kita sambung esok... PART 3...
www.bmiculculator.org
ReplyDelete