Pages

Sunday, September 4, 2011

PERJALANAN HARIRAYA 2011..... ENJOY HABIS!!!...........

ASSALAMUALAIKUM... SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI!!



Lama tak menulis untuk blog ni... ada sibuk la sikit.. lagi pun bulan Ramadhan memang agak pasif sikit.. maklum lah hypokan..
Saya cerita sikit perjalanan hariraya saya tahun ini yer..

Tahun ni saya ceriakan sikit rumah saya.. sebelum ni black n white.. tahun ni saya masukkan warna merah.. jadi semua warna kegemaran ada.. black, white and red..
cantik tak?...nampak meriah gitu...
Bagi saya ini adalah Raya yang paling bermakna dan menyeronokkan bagi saya.... Nanti saya cerita kenapa yer..
sabar...
Sehari sebelum raya saya dah sibuk masak untuk di hantar ke rumah mertua.. Ini adalah tradisi turun temurun masyarakat Jawa... tradisi ini di panggil "MUNJUNG".. Kebetulan Ahad sebelum Raya tu saya free... Jadi saya merebus ketupat.. masak rendang daging, rendang ayam, masak kuah kacang dan masak lemak lodeh...


tengok..inilah ketupat yang saya buat!!!   cantikkkan...


Gambar ni di rumah baru Mertua saya di Tangkak...
sekeluarga berbuka terakhir beramai2 petang tu... meriah sekali!

3 hari sebelum Hari raya kami sekeluarga buat photoshoot dulu... sessi bergambar keluarga.. menggayakan baju Raya.. Merajuk juga saya pagi tu bila anak2 di suruh bangun untuk sessi tu.tapi semua tidur tak nak bangun.. Jadi saya dan ling jalil.. tunjuk perasaan la ambik gambar berdua saja... pakai auto mode saja... geli hati pulak.. cuba tengok gambar2 ni... poosing habis...




tengah kami sibuk ambik gambar sendiri..posing sana sini.. Soleha.. anak no 3 tiba2 siap pakai baju raya dan join kita orang... ambik la gambar bertiga

 tengok ni...
kacau daun ajer..hehe 





Tengak gelak2 posing..akhirnya yang lain2 sorang2 bangun dan join.... at last... sessi photoshoot hari tu berjaya juga... tengok lah gaya2 kami ..

semua nampak ceria!!

 sebenarnya ada yang belum mandi tu!...hehe


Oleh kerana kami sudah masak ketupat awal... jadi untuk hariraya saya hanya masak lepet hari tu... "lepet" adalah makanan tradisi jawa... seakan2 lemang.. tetapi pulut di campur kelapa parut..kemudian di bungkus dengan daun kelapa..di ikat kuat2 dengan tali... tengok ni...
macamni ler rupanya lepet tu... yang ni yang saya hantar ke umah mertua.... di potong2.. di makan dengan rendang.. sedap you!!....

Hari Raya pertama 


pagi2 raya kami sekeluarga ke Masjid Besar Tangkak untuk solat sunat Aidilfitri... 
Habis solat ..kami berkumpul sekeluarga di dewan guest house dan berMarhaban  sekeluarga..di ikuti dengan upacara bersalaman dan bermaafan anak beranak... Ling jalil memberikan ucapan dan pesanan untuk kami sekeluarga sempena hari raya..

....ini ling jalil tengah baca doa...
...ayah siapkan duit raya untuk anak2... 
kita pun dapat 10 hinggit jer.. ada ker patut..hehe...


kopak juga duit bagi duit raya kat anak2 ni... yang besar dah belajar di u.. RMnya besar sikit.. yang sekolah rendah..RMnya kecil sikit....


Selepas perjumpaan Keluarga Hj jalil.. kami beramai2 kerumah emak mertua. Emak mertua beraya di rumah baru tahun ini.. Di Tangkak rumahnya.. tak jauh dari rumah kami.. Sampai saja di sana kami berjemaah membaca Surah Yassin dan tahlil untuk Arwah bapa mertua yang meninggal awal tahun ini..Ini adalah tahun pertama saya beraya tanpa bapa mertua.. lepas itu kami bermarhaban beramai2...


 ada juga yang raya makan mee segera!!!...
Ini iklan mee segera punya pasal la ni..uh..uh..uh..
satay depan mata boleh tak lagu.. sebaliknya anak2 ni berebut2 makan "mee sedap".. gelak betul...


Selepas menjamu selera kami , kami bergambar bersama2 mak mertua dan adik ipar..
 ini ajer ler keluarga ling Jalil yang dah balik untuk 1st Hari Raya... jadi ler kan....
....macam2 gaya....

..kami beraya di rumah pakcik ling jalil dan selepas itu kami anak beranak berangkat pulang ke Sungai Besar Selangor... Kami selamat sampai di Sg Besar pada pukul 8.00 malam... 


Di sungai besar.. Kamilah keluarga yang pertama sampai. Tahun ni dah janji untuk berkumpul pada Raya ke 3..Jadi yang lain2 semua belum sampai..

HARIRAYA KE 2
pada Hariraya ke dua ..saya sekeluarga menjelajah ler ke rumah2 keluarga yang agak berjauhan dari rumah bapak.. berjumpa la dengan sepupu2 yang memang hanya setahun sekali berjumpa... sempat ler posing2 di kampung...

Ini sepupu yang dah bertahun2 tak pernah jumpa... Mahyudin... seronok betul dapat jumpa walau pun sekejap.
 Rumah sepupu ni pulak.... jauh2 kita datang tak ada di rumah... posing2 ajer lah.. alang2 dah datang..

 tengok anak dara aku ni... posing habis!!...


...ada buah mempelam.... nak ambik tak ada permission... ambik gambar saja...

HARI RAYA KE 3...

Hari ini adalah hari yang di nanti2kan... malam tu saya dah sibuk memasakn untuk adik beradik yang akan berkumpul esok pagi di rumah bapak.. saya masak Laksa Johor.. wow.. dah jemu dengan ketupat dan rendang.. masak laksa pulak..


Semua adik beradik balik kecuali yang bungsu di Terengganu... no komen.. dia mungkin ada alasan tersendiri.. KAMI SEKELUARGA BERBAJU BIRU Raya tahun ini... seperti biasa.. Marhaban beramai2.. kali ni kami ada 3 lagu... seronoknya... sahut menyahut.. selesai marhaban acara ucapan dari ketua2 keluarga.. dan di akhiri dengan bersalaman dan bermaafan... masa ni ler semua menghulurkan duit raya...
 suasana semasa bermarhaban....


 acara mendengar ucapan dari wakil keluarga dan bapak..


 acara bermaaf2an... orang jawa menamakan "keluputan".. atau "royonan"


..

ha..... ini gambar2 kami di depan umah bapak....


memang comel cucu2 hj kusni ni..


...gaya kanak2 riang cucu hj kusni...

trade mark keluarga saya.... "peace"....  aman damai..hehe..


gambar keluarga di rumah bapak... masa ni ada 2 keluarga belum sampai... jem di jalan raya..ciannn


Kami sekeluarga meneruskan berkunjung kerumah keluarga terdekat beramai2.. kunjungan beramai2 ini di kenali sebagai "baraan" oleh orang jawa."Baraan keluarga" kami sebanyak 11 kereta... kami bermarhaban dari rumah kerumah keluarga... wow... memang menyeronokkan..


Hari raya ke 3 PM

PERJUMPAAN KELUARGA HJ PAILAN/HJH FATIMAH..

Petang raya ketiga adalah satu lagi acara besar keluarga kami... Perjumpaan Keluarga sebelah arwah emak.. Semua adik beradik emak sudah meninggal dunia tahun ni.. cuma tinggal makcik kami yg bungsu saja..OKU..


Kami beramai2 kerumah Arwah embah.. HJ Pailan/hjh Fatimah..seramai 23 keluarga berkumpul... memang seronok sekali... Acara di mulakan dengan sessi photografi..
 Gambar seluruh keluarga... masa ni ada beberapa keluarga belum sampai...

Keluarga teramai.... berbaju biru


keluarga adik emak ... no 3 (gambar atas) dan no 4 gambar bawah). dalam keluarga.. ada satu keluarga terlewat sampai..



 jamuannya.. masakan 
kampung.. ikan keli sambal.. udang sambal.. kerang asam.. kerabu jawa.. kuih2 dan buah2an..
rasa tak puas berinteraksi dengan sepupu2.. saya kena bergerak balik ke Tangkak.. Esoknya Raya ke 4 klinik di buka seperti biasa.... atara makanan .. kerang masak asam rebus..

sebelum Maghrib kami mengadakan upacara ucapan dari wakil2 keluarga..
 Seluruh keluarga solat maghrib berjemaah beramai2.. di ikuti dengan tahlil untuk arah embah2 dan Marhaban beramai2




majlis di akhiri dengan percikan bunga api... sponsored by kang Awalaudin... sepupu pangkat tertua dalam keluarga hj Pailan...


TERIMA KASIH KEPADA SELURUH KELUARGA MBAH PAILAN.. semuga kita berkumpul lagi di tahun hadapan InsyaAllah..


Malam itu saya balik ke Tangkak bertiga sahaja.. dengan Ling dan Wana... Yang lain2 tinggal di kampung lagi dan balik kemudian...
sampai di sini sajalah perjalanan Hari Raya saya hingga raya ke tiga... 
Jumpa lagi... bye!!















Friday, August 5, 2011

MOIST COKLAT CAKE

MOIST CHOC. CAKE
Sumber, Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
Dirujuk: Kzai@Teratakimpian

Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih









Cara

1. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
2. Masukkan susu pekat }
3. Masukkan minyak }low speed
4. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
5. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
6. Bakar 40-45’ - bakar dkt sejam suhu 175C (bergantung kpd oven masing2)- akak bkr 1 jam 10 minit...

**nota dapur mamasya
adunan kek ni cair sbb byk guna air dan susu pekat sbb tu moist.bakar hampir sejam baru kek masak...


Chocolate ganache (KakMisliha)
300gm Whipping cream
400gm cooking chocolate - akak guna baking choc Van Houten
1 sdb butter / majerin
2 sdb madu <>Masak whipping cream dgn api sederhana sehingga kelaur buih2
>>Masukkan cooking chocolate yg telah dipotong kecil2..
>>Kacau sehingga sebati..
>>Masukkan butter..tutup api & kacau lg ...

** ini cara teman yerr...
>>Utk menyalut kek, tuang chocolate yg masih cair ke atas kek...goyang & gelek2 sket ala2 inul...smpi rata & licin.

>>Utk buat border, biarkan chocolate semalam sblm digunakan...masukkan dlm piping beg & deco ler ikut suker... kalo chocolate nmpk cair, masukkan ler skjp dlm peti sejuk...dlm beberapa minit, ikut kepekatan yg kita perlukan...



Note:
Ini cara kak zai...
Tuang separuh choc ganache yg masih cair diatas kek hingga rata dan masukkan kek kedlm peti sejuk hingga choc ganache mengeras atau semalaman...kemudian masukkan lebihan choc ganache tadi kedalam peti sejuk semalaman sebelum digunakan untuk deko buat border pd kek.Semasa nk mendeko keluarkan choc ganache yg masih keras kesuhu yg dikehendaki(agak2lah hingga blh picit kt nozzle)..jika chocolate cair semasa tgh mendeko,masukkan sekejap dlm peti sejuk dan deko semula(sbb tgn panas..kalau choc cair border jadi tak cantik) dh habis deko masukkan cepat2 kedlm peti sejuk semula supaya border jadi terbentuk cantik dan keras.

Thursday, July 14, 2011

Petua Untuk Mempunyai Badan Menarik






1.PANJANGKAN MASA MAKAN ANDA
 Untuk mengalakkan kita rasa lapar dan dapat mengekalkan rasa kenyang yang berpanjangan walaupun anda mengambil makanan yang sedikit, anda boleh panjangkan masa makan anda. Iaitu anda boleh makan dan mengunyah dengan perlahan sambil menikmati makanan anda. ini akan membuat anda rasa lebih kenyang. Sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W iaitu mengunyah sebanyak 44 kali.

2.MINUM BANYAK AIR KOSONG 
 Minum air kosong dengan banyak amat penting untuk meningkatkan metabolisma dalam badan anda. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, tetapi sebaiknya minum lebih. Metabolisma amat penting dalam proses penurunan berat badan. Air kosong tidak mempunyai kalori, pengambilan yang banyak pun tidak kan menjejaskan berat badan. Salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan air ialah dengan meminum segelas besar air ais (kosong) sebelum makan untuk mengecilkan perut anda agar dapat kenyang cepat.

3.MESTI ADA KEYAKINAN DIRI 
 Untuk menurunkan berat badan anda perlu ada keyakinan diri yang tinggi. Bukan mudah untuk kita mengubah rutin harian kita. Kita mesti yakin yang kita mampu dan kita mesti tanamkan keazaman serta matlamat kenapa hendak kurus. Pastikan anda mempunyai diari anda sendiri.

4.REMPAH RATUS DALAM MAKANAN 
 Apabila kita dalam program diet rendah lemak atau bebas lemak, sudah tentu kita akan mengurangkan banyak perasa di dalam makanan kita. Anda digalakkan menggunakan herba dan rempah ratus. Sebagai contoh cuka, bawang, serbuk cili, serbuk kari, lada hitam atau apa sahaja rempah. Selain rasanya ia juga dapat meningkatkan metabolisma.

5.MAKANAN PEDAS 
 Makanan yang pedas dapat meningkatkan metabolisma anda. Tetapi jangan terlalu berlebihan kerana akan memudaratkan kesihatan anda.

6.JAUHKAN RASA TERTEKAN 
 Apabila anda ingin menurunkan berat badan, jauhkan rasa tertekan kerana dengan rasa tertekan berat badan anda sukar untuk turun.

7. MINUMAN BERKAFEIN 
 Minuman berkafein dilarang sama sekali jika anda sedang berdiet. Ini kerana, kafein meningkatkan insulin di dalam badan anda dan menghentikan proses pembakaran lemak di dalam badan. Jika anda menghentikan pengambilan minuman berkafein sebanyak 50%, anda boleh lihat sendiri kesannya.

8.MAKANAN SERAT TINGGI
 Makanlah makanan yang mempunyai serat yang tinggi kerana ia membantu untuk anda rasa kenyang lebih cepat.

9.SENAMAN 
Senaman adalah antara aktiviti yang boleh meningkatkan metabolisma dan juga membakar lemak dengan cepat, sekurang-kurangnya 30 minit tanpa henti. Senaman yang paling bagus adalah ketika perut kosong iaitu selepas 2 jam makan. Senaman yang paling efektif adalah  sebelum makan malam iaitu pada waktu petang, dan  waktu pagi sebelum sarapan. Tetapi sebelum senaman, anda mesti makan sedikit untuk mengaktifkan metabolisma. Kajian menunjukkan metabolisma kita akan menurun 8 jam selepas kita bangun tidur. Senaman selama 30 minit sebelum makan malam bukan sahaja membakar lemak, malah mampu meningkatkan metabolisma selama lebih 2 atau 3 jam lagi. Ia mampu membakar lemak anda walaupun anda berhenti bersenam.

10.JANGAN TINGGALKAN WAKTU MAKAN 
Untuk menurunkan berat badan dengan cepat jangan tinggalkan waktu makan. Sarapan pagi penting untuk “mengejutkan” metabolisma anda dari tidur. Metabolisma anda akan perlahan selepas 8 jam. Untuk mengejutkan balik, anda hendaklah makan. Tetapi makanan yang betul amat penting iaitu makanan yang sihat dan tidak berlemak. Ia mampu mengaktifkan metabolisma anda. Jangan membazirkan masa anda dengan tidak makan, “kerana anda tidak akan mengejutkan metabolisma anda dari tidur.

Friday, June 17, 2011

BAPAK MEMANG YANG TERBAIK...SAYA SAYANG BAPAK....



HJ KUSNI BIN UMUR
NO K/P: 290524-10-5021/0561053
TARIKH LAHIR SEBENAR : SEPTEMBER 1926
TEMPAT LAHIR : PARIT 6 BARAT, SG BESAR, SELANGOR

Ini lah Bapak saya... Kalau Tiada bapak tiadalah saya...


Saya Bukan di lahirkan dari golongan orang yang hartawan... Bapak hanyalah seorang petani... kalau di tengok pada surat beranak saya tertera.. pekerjaan bapa.. "tanam padi"...

Masih saya ingat lagi... masa saya kecil... bapak memang garang orangnya.. kami adik beradik memang takut sangat pada bapak.. masa musim menanam padi..bapak akan kesawah.. masa lain bapak bekerja mengambil upah mengait kepala.. Cuba bayangkan..seharian  memikul galah yang cukup panjang mengait kelapa di merata tempat... Bapak juga ada migraine macam saya.. Jadi sekarang baru saya faham.. bila dah penat seharian mendongak..  cuaca panas... sakit kepala... mesti lah bapak stress... itulah agaknya bila balik rumah ajer dia selalu mengamok...
lagi2 kalau tengok taik ayam merata2.. adus... 

.... bila dengar jer deruman bunyi motor bapak.. kita orang semua .. kecut perut...

Bapak mengajar kita orang mengaji sendiri.. dia garang bila mengajar.. bapak tak pernah merotan kita orang.. cukup dengan suaranya yang lantang..kita semua dah kecut perut.. kalau tak dapat yang dia ajar dia cuma tolak saja kepala kita dengan hujung jari dia sambil marah...  bila kena itu saja... dah bercucuran air mata saya sedih... nak makan pun tak lalu... nak teruskan mengaji pun suara dah tak keluar... hahaha,... kenangan,....

Ini gambar kenangan2 bapak dengan adik2 saya... yang lelaki tu the only son... boleh dia bawak motortu masuk studio.. punya lah.. dia sayang sangat motortu.. AK 742..

Motorini sangat berjasa pada saya.. Semasa saya mendapat panggilan interview masuk MRSM.. bapak hantar saya ke Kuala Lumpur naik Motor ini... Sebab jasa bapak dan motor ini lah kehidupan saya berubah... saya di terima masuk MRSM seremban ...

Bapak juga menghantar saya naik motor ini semasa saya masuk ke MRSM seremban.. tapi sampai ke KL sahaja... Cuba bayangkan.. beg pakaian saya di ikat paling belakang sekali saya duduk tengah2 tersepit... aduuhh... sakit bontot.. lengoh kaki.. bukan dekan Sungai Besar ke Kuala Lumpur tu... Dari KL ke seremban kami sewa taxi..
Bapak memang hebat... Terima kasih bapak..

Pada hari pertama di universiti.. bapak menghantar saya dengan emak... kami tak ada kereta... barang banyak.. bapak sewa kereta orang..tengok gambar kat bawah ni..ni lah dia bapak masa hantar saya first day di ukm Bangi


pakai kereta sewa.. sebelah tu tuan punya kereta sewa tu..

semasa hari Konvo... Bapak datang pakai kereta buruk.. itu lah kereta pertama bapak.. mazda kot.. BBA entah apa no.. saya yang drive kereta tu ke bangi... berpeluh juga..walau pun dah make up lawa2 masa tu... tak apa lah... yang penting bapak sangat bahagia masa tu...



Semasa saya berhajat untuk mengerjakan umrah buat kali kedua... pada mulanya saya nak pergi dengan anak sulung saya saja.. Nursyakira.sebab suami sibuk... Bapak menangis.. bimbang dengan keselamatan saya.. untuk mengurangkan kebimbangan bapak saya ajak bapak pergi sekali...

kesian bapak.. susah juga dia nak jalan... tapi bapak sentiasa positif.. semangatnya kuat.. kami membantu bapak sepanjang mengerjakan umrah tersebut... alhamdullilah..semuanya selamat..

Bila bapak sakit.. kami adik beradik cukup bimbang... kami akan bergilir2 menjaga bapak... Alhamdullah..bapak selalunya  di bawah jagaan saya.. walau pun tak sempurna mana... terima kasih bapak kerana mempercayai anak bapak ini...



tahun lepas... kebetulan september jatuh pada bulan syawal... kami adik beradik meraikan hahi lahir bapak yang ker 84 di kampung... Bapak nampak Begitu gembira sekali..

Kami juga adik beradik.. mengadakan tema warna untuk setiap tahun.. tahun 2010..tema warna baju hari raya kami semua adalah oren..


untuk Raya 2011... kami telah bersetuju memilih warna biru..
wow.. seba biru kami semua tahun ini... semuga bapak gembira lagi tahun ini...

Masa berlalu begitu pantas... Alhamdullilah.. bapak masih sihat lagi walau pun sudah di mamah usia.. Bapak lahir pada tahun 1926..jadi tahun ini umur bapak 85 tahun..

Selagi Bapak masih ada... saya akan berusaha untuk membahagiakan bapak... Bapak adalah bapa yang terbaik di dunia ini... sempena hadi bapa hari ini... Saya ucapkan selamat hari bapa pada bapak..walau pun bapak tak dapat nak baca blog saya ini... Saya sayang bapak.. Bapak yang terbaik bagi saya dunia dan akhirat...

Semuga bapak bahagia di dunia dan di Akhirat...

Wasallam

Anak Bapak...