Pages

Thursday, May 19, 2011

PART 1..SUSAHNYA KITA NAK MAKAN SEKARANG... MAKANAN2 PEMBUNUH MELAMBAK... MAKANAN TAK HALAL..HARI2 KITA MAKAN... BERHATI2 KAWAN!!!

ASSALAMUALAIKUMWAROHMATULLAHWIWABARAKATUH...

Sempena hari Jumaat yang mulia ini... saya ingin sama2 kita renongkan tentang masaalah kita sebagai manusia di akhir zaman juga umat Islam di bumi yang di katakan Islam sebagai Agama rasmi kita.. Sedar tak kita semua.. betapa susahnya kita untuk makan sekarang... Mungkin anda tidak sedar atau tidak tahu ..atau buat2 tak tahu... ok.. mari saya beri tahu sedikit demi sedikit..


Hari ini saya ingin mulakan tajuk saya dengan susahnya memilih makanan halal dulu.. Kita tinggal di Malaysia... Kita rasa kita selamat... semua yang kita makan semuanya halal... Betul ker?... Cuba anda fikir baik2... Kita Shopping di Hypermarket2 .. bawa troli besar... masuk saja semua dalam troli.. anggap semuanya halal.. betul ker?

AYAM...

Kita memang sudah tidak boleh langsung percaya dengan LOGO HALAL... sudah banyak bukti dan pendedahan di akhbar yang menyatakan ..ayam2 tersebut sebenarnya di sembelih dengan cara yang tidak halal... penyembelih tidak tahu langsung mengucap ( pekerja asing).. ada urat yang tidak putus.. yang itu dah nyata... bagaiman pula cara mereka memproses ayam tersebut setelah disembelih... sembelih...belum mati terus campak dalam air panas.. tanpa menunggu ayam2 tersebut mati dulu.. juga tidak membuang najis2 dulu..di rebus dengan segala najis yang ada... setelah bulu2 semua bersih.. baru lah di keluarkan najis dari dalam perut ayam tersebut....


wow.... tak heran lah kalau bapak Kusni saya langsung tak nak makan ayam yang di beli setelah di proses..
Untuk kenduri pun dia akan beli ayam hidup.. suruh anak menantunya sembelih.. bersihkan sendiri... terok juga kita orang... Penat sikit..tapi di jamim HALAL... kita macammana ??...
Susahnya hidup kita sekarang... memang susah?... kena sembelih ayam sendiri??...  


lihat lah video ini....



Ini pula adalah keratan akhbar.... Dah tak nak beli ayam kat tesco... memang murah... tapi Murah juga lah maruah kita orang Islam kena tipu dan di permainkan selama ini.... 
Biar mahal... tetapi HALAL..

Monday, May 31, 2010


TESCO: AYAM TIDAK HALAL

بسم الله الرحمن الرحيم 
Jual ayam tak halal, Tesco disaman RM1.6 juta



Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya hari ini memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di Pulau Pinang.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau mengalami trauma dan berasa berdosa kerana memakan ayam yang haram bersama plaintif lain dan memberi makan produk ayam yang haram kepada pelanggan di restoran miliknya di Astaka Gelugor, di Pulau Pinang.

Katanya pada 12 Mac lalu, beliau membeli
 tiga ekor ayam yang siap disembelih dan dipek dengan bungkusan berjenama HyFresh tertera logo halal dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Raja Muzaffar Kamar berkata beliau memasak ayam itu dan sebahagiannya dimakan bersama keluarganya manakala bakinya dijual di premis perniagaannya.

Beliau berkata ketika membuang sisa ayam itu mereka mendapati kesan sembelihan pada leher ayam berkenaan mencurigakan kehalalannya di sisi Islam dan membuat laporan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Pada 16 Mac lepas, JHEAIPP kemudian membuat siasatan dan merampas ayam berjenama HyFresh di pasar raya itu kerana tidak disembelih mengikut kaedah ditetapkan Islam," katanya.

Katanya pada 31 Mac lalu, Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan surat mengesahkan produk ayam berkenaan tidak disembelih mengikut ketetapan syariat Islam dan haram dimakan oleh orang Islam.


Ini baru dari segi penyembelihan... bagaimana pula... ayam itu sendiri... Kita juga di kejutkan dengan berita yang ayam2 ini di bela dan di injek dengan enzyme babi... Bagaimana?.. walaupun banyak pihak menafikan... Boleh ker kita percaya?. Isu ini menjadi perdebatan pada tahun 2007.. dan senyap sekarang?... senang ke nak memantau perkara ini... berapa banyak ladang ayam di malaysia...

Ini ada satu komen pasal perkara ini... bacalah.. tapi artikel ini pada tahun 2007.. kita berada pada tahun 2011 sekarang...





Ayam diberi enzim babi: Mudah busuk

Oleh ZAINUDDIN ZAIN, FUAD HADINATA YAACOB dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
KUALA LUMPUR: Mungkinkah ayam daging yang diternak di negara ini diberi enzim babi untuk mempercepatkan tumbesarannya?

Isu itu kini hangat diperkatakan di kalangan masyarakat Islam negara ini berikutan penyebaran satu e-mel yang membangkitkan persoalan sejauh mana ayam di Malaysia boleh dijamin bebas daripada enzim tidak halal, terutama babi.

E-mel itu mendapat perhatian dan memberi pengaruh besar kepada orang ramai kerana dakwaan dibuat turut disokong fakta daripada kajian saintifik yang dilakukan di luar negara.

Mengikut e-mel itu, penggunaan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang diperbuat daripada enzim babi dan bahan buangan haiwan seperti kulit lembu yang tidak diketahui status sama ada halal atau tidak daripada cara sembelihannya, dikesan di Eropah.

Enzim sama kini dipercayai digunakan secara meluas di beberapa negara di Asia, sekali gus menimbulkan persoalan besar sama ada ia turut digunakan di Malaysia berikutan ayam daging di negara ini kini pelik ciri fizikalnya.

Metro Ahad menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang meminta pihak berkuasa melakukan siasatan terperinci mengenai dakwaan di dalam e-mel itu bagi memastikan umat Islam di negara ini tidak disogokkan makanan haram tanpa disedari.

Antara dakwaan di dalam e-mel itu dan faktanya disokong pemanggil ialah, ayam di pasar kini mudah busuk jika dibiarkan terdedah beberapa minit, menyebabkan peniaga sering menyembur air untuk memastikan ia kelihatan segar dan menghilangkan bau hanyir.

Mengulas dakwaan e-mel berkenaan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengaku kewujudan enzim itu, tetapi tidak tahu sejauh mana meluas penggunaannya di Malaysia kerana ‘kecanggihan’ enzim itu memerlukan ujian makmal yang sukar serta mahal untuk dikesan penggunaannya.

Pegawai Penyelidik CAP, Hatijah Hashim, berkata enzim babi memang digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam di luar negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, namun pihaknya tidak ada laporan tepat mengenai penggunaannya di negara ini kerana tidak pernah menjalankan kajian berhubung isu itu.

“Bagaimanapun, kita tidak menolak terus dakwaan di dalam e-mel itu. Kita berharap agensi kerajaan berkaitan menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti sama ada benar atau tidak maklumat di dalam e-mel itu.

“Ini kerana ayam adalah makanan utama bagi penduduk negara ini, termasuk orang Islam. Ia satu isu besar yang memerlukan pengesahan berdasarkan ujian makmal, bukan hanya berdasarkan pengakuan penternak,” katanya kepada Metro Ahad.

Hatijah juga mengesahkan, ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.

Katanya, di Eropah, Amerika Syarikat, Belanda, Brazil dan China, ayam disuntik dengan gelatin bertujuan menambah kandungan air, sekali gus berat badan ayam juga meningkat. Enzim babi pula digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran ayam.

“Namun kami tidak tahu sama ada gelatin berkenaan, enzim babi atau bahan buangan lain yang diragui status halalnya turut digunakan oleh penternak di negara ini,” katanya.

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) turut memandang serius dakwaan di laman web itu kerana membabitkan isu yang sensitif bukan saja kepada umat Islam tetapi juga kesihatan semua pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata sebelum ini negara dikejutkan dengan laporan mengenai ikan patin diberi makan usus babi bagi memastikan ia segar dan bersaiz besar.

“Justeru, apabila tersebarnya mengenai enzim babi digunakan untuk mempercepat proses tumbesaran dan mengemukkan ayam, ia bukan sesuatu yang tidak masuk akal atau boleh diketepikan begitu saja.

“Fomca meminta kerajaan menjalankan siasatan menyeluruh bukan saja ke atas ayam yang dijual di pasar, tetapi juga ladang ternakan,” katanya.

Mohd Yusof berkata, Fomca tidak bersetuju dengan pemberian pelbagai antibiotik, hormon atau vaksin kerana ia boleh memberi kesan sampingan, apatah lagi jika benar dakwaan pemberian enzim babi ke atas ternakan.

Katanya, dalam situasi sekarang, perkara itu tidak mustahil jika penternak mengetepikan tanggungjawab mereka, sebaliknya lebih mementingkan keuntungan berikutan kenaikan mendadak kos ternakan.

Bagi pengguna pula, beliau meminta supaya lebih peka dengan fizikal ayam yang dijual.

“Jika lihat ayam berbeza daripada biasa atau saiznya keterlaluan, tanya peniaga mengenai puncanya dan andainya masih was-was, jangan beli,” katanya.

Sementara itu, doktor perubatan yang kini mengusahakan ladang ayam organik, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja, yang dikaitkan di dalam e-mel berkenaan berkata, beliau mengetahui mengenai enzim itu menerusi jurnal penyiasatan Felicity Lawwrence di laman web The Ecologist yang turut disiarkan BBC di United Kingdom.

Katanya, Ekologi ialah kajian mengenai hubungan antara organisma hidup dengan persekitarannya.

“Siasatan Felicity Lawrence membuktikan makanan tambahan berbentuk ‘hidrolisis protein’ yang menggunakan enzim babi dan bahan buangan haiwan digunakan secara meluas di Eropah, terutama Jerman dan Belanda.

“Makanan tambahan daripada babi dan bahan buangan ini murah. Ia berkemampuan memendekkan tempoh matang ayam hanya kepada 28 hingga 30 hari berbanding tempoh sebenar 35 hingga 40 hari,” katanya.

Bagaimanapun, kata Dr Mohamad Zainol, penggunaan ‘hidrolisis protein’ sukar dibuktikan kerana memerlukan teknik pecahan sel yang rumit untuk menentukan kandungan enzim khinzir dan bahan buangan haiwan berbanding sel ayam sebenar.

“Bagaimanapun, ujian makmal di Eropah sebagaimana didedahkan Felicity Lawrence menunjukkan seekor ayam yang dibekalkan enzim ini didapati hanya mempunyai 40 peratus daging dan sel ayam sebenar, manakala baki 60 peratus lagi sel babi,” dakwanya.

Beliau mengaku tidak tahu sama ada penternak mencampur enzim sama di dalam makanan ayam mereka untuk mempercepatkan tumbesarannya.

“Yang pasti, ada penternak beretika dan mungkin ada yang tidak. Namun, melihat rupa ayam yang pelik hari ini, saya berasa siasatan perlu dijalankan untuk mengelak perasaan was-was membelenggu masyarakat Islam di negara ini.

“Memandangkan harga makanan ayam kini mahal, kemungkinan ada penternak menggunakan enzim berkenaan memang tinggi. Bayangkan jika seekor ayam dapat dijual hanya pada usia 28 hari berbanding 40 hari sepatutnya, makanan ayam dapat dikurangkan selama 12 hari. Ini penjimatan yang besar,” katanya.
>‘Bencana’ kesihatan kesan jangka panjang

KUALA LUMPUR: Tindakan ingin mengaut keuntungan ekspres dengan memberi ternakan, termasuk ayam, makanan tambahan berbentuk hormon dan antibiotik akan mengakibatkan ‘bencana’ terhadap kesihatan manusia pada jangka masa panjang.

Pakar ternakan ayam, Prof Dr Zulkifli Idrus, yang berpengalaman 13 tahun dalam kajian ayam, mengesahkan wujudnya pemberian hormon dan antibiotik, tetapi hanya berlaku di luar negara.

“Tindakan itu boleh memberi kesan sampingan. Sebagai contoh, apabila lelaki memakan hormon yang diketahui digunakan untuk wanita, ia mewujudkan sifat kewanitaan pada lelaki itu.

“Antibiotik pula, jika disuntik pada ayam, mewujudkan bakteria yang membentuk ketahanan dan boleh dipindahkan kepada manusia melalui makanan. Jika manusia itu sakit dan diberi antibiotik, ia tidak akan berkesan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya pemberian enzim babi atau suntikan lain ke atas ayam tidak digunakan di negara ini berikutan kosnya mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutama Amerika Syarikat (AS).

“Sepanjang pengetahuan saya, tiada suntikan hormon, antibiotik atau enzim babi ini ke atas ayam kerana kosnya tinggi. Yang disuntik hanya vaksin iaitu untuk mengawal jangkitan penyakit,” katanya yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Beliau berkata, ayam di negara ini diberi makan jagung dan kacang soya kerana ia sumber tenaga dan protein paling baik.

“Hari ini, jagung digunakan untuk menghasilkan bahan bakar dipanggil Ethanol dan permintaan Ethanol sangat tinggi, sekali gus meningkatkan harga jagung di pasaran dunia.

“Jadi jika ada penternak menggunakan pelbagai suntikan, kosnya pasti lagi tinggi kerana 70 peratus kos pengeluaran saja adalah pada makanan,” katanya yang turut menjalankan kajian memberi isi rong kelapa sawit sebagai makanan ayam.

Bagaimanapun, ketika ditanya kemungkinan ada pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menyuntik ayam mereka untuk mengaut keuntungan segera, Dr Zulkifli tidak menafikan mungkin ada berbuat demikian.

Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) turut menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaludin, berkata penyebaran khabar angin itu tidak benar, justeru beliau meminta orang ramai tidak mudah percaya berita berkenaan.

Katanya, ayam daging yang ada di pasaran selamat dimakan, manakala pihaknya sentiasa membuat pemeriksaan dan pemantauan bagi memastikan kualitinya terjamin serta mengikut peraturan ditetapkan.

“Kami sentiasa membuat pemeriksaan dan mengambil contoh daging ayam ini, sama ada di pasar atau ladang, bagi memastikan ia memenuhi syarat ditetapkan.

“Di ladang pula, apabila berlaku kematian melebihi tiga peratus daripada jumlah keseluruhan, pemeriksaan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti puncanya dan kerana itu, penternak tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan sesuka hati, termasuk pengambilan ubat atau suntikan tambahan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui, ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat ditetapkan.

Katanya, dalam hal itu Kementerian Kesihatan mempunyai kuasa untuk memastikan penternak mengikut langkah betul dan jika ada yang menyalahgunakannya, mereka berdepan tindakan undang-undang.

“Kementerian mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas penternak yang menyalahi peraturan, malah kami sering bekerjasama membuat pemeriksaan haiwan ini di mana saja.

“Malah, untuk pemberian ubat ini, ia perlu diluluskan jawatankuasa khas yang turut memantau pelaksanaannya supaya ia tidak menyalahgunakan kebenaran diberi,” katanya.

Mengulas dakwaan jika benar ada enzim babi dalam ayam tempatan, beliau berkata, ia tidak boleh dipercayai dan jika ada, peraturan atau syarat ketat dikenakan kepada penternak ayam di negara ini sudah cukup untuk mengetahui tindakan mereka.

Sementara itu, Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr Abdul Rahman Md Saleh, menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menyifatkan penyebaran e-mel berkenaan sebagai fitnah.

“Kita jaga kepentingan masyarakat, lebih-lebih lagi negara kita negara Islam. Kita sentiasa melakukan pemantauan (penternakan ayam) dan tiada penternak berbuat begitu (menggunakan enzim babi untuk mempercepatkan tumbesaran ayam),” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, setiap hari pengeluaran ayam di negara ini mencecah 1.2 hingga 1.3 juta ekor dan hanya dijual pada usia 38 hingga 40 hari.

“Dengan jumlah pengeluaran sebesar itu, mana mungkin penternak ada masa untuk menggunakan enzim yang dimaksudkan (enzim babi). Kini semua penternak menggunakan teknologi moden dan mendapat perhatian terus daripada JPH.

“E-mel itu mendakwa ayam boleh dijual ketika berusia 28 hingga 30 hari, tetapi berdasarkan pemantauan kita tiada ayam dijual pada usia itu,” katanya.

Dr Abdul Rahman berkata, dakwaan yang disebarkan itu tiada asas dan menyifatkannya sebagai serkap jarang saja.

ANDA SEMUA BACA LER JUGA ARTIKEL YANG INI......





Isu Ayam Berenzim Babi (Komentar)


  •  PDF
(33 votes, average 4.76 out of 5)
Isu Ayam Berenzim Babi
Komentar Oleh : Zaharuddin Abd Rahman



Ayam oh Ayam
 

Teks akhbar harian berikut adalah dirujuk.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan mengenai penggunaan bahan yang status halalnya diragui dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Jawatankuasa khas itu, yang turut dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bertanggungjawab mengumpul sampel makanan ayam digunakan penternak untuk dianalisis Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan Halal.

Sumber Jakim berkata, jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan berikutan tersebarnya emel, antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam yang diternak di Malaysia bebas daripada diberi makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.
Bagaimanapun, katanya, maklumat awal yang diperoleh menunjukkan ayam diternak dan dijual di pasaran tempatan bebas daripada bahan makanan meragukan kerana penternak menggunakan produk yang dikeluarkan pekilang tempatan.

Beliau berkata, JPH mengawal ketat kemasukan makanan ayam dari luar negara malah pemantauan juga mendapati tiada makanan ayam dari Eropah yang mengandungi enzim babi diimport ke Malaysia.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana ayam di pasaran tempatan sekarang adalah halal dan tidak diberi makan bahan yang diragui status halalnya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam
KOMEN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN :
Alhamdulillah, inilah yang tindakan yang dinantikan. Hanya pihak berkuasa seperti JAKIM yang mempunyai kredibiliti dan kuasa untuk membuat kajian susulan.
Bantuan dan informasi dari Jabatan Haiwan dan lain-lain Jabatan yang mempunyai kemudahan penyelidikan hanya dapat diperolehi dengan mudah oleh sebuah agensi kerajaan yang berwajib.
Inilah tugas utama sesebuah kerajaan, iaitu memberikan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah athar atau hadis yang diperbezakan tarafnya:-
سيد القوم خادمهم
Ertinya : "Pemimpin sesuatu kaum itu adalah khadam bagi kaumnya (rakyatnya)" (Riwayat Al-Hakim & Abu Nuaim ; Terdapat inqita' dalam sanadnya; Hadis Mursal; Al-‘Ajlouni : Hasan Lighayrihi dalam Kasyf Al-khifa, 1/562 ; Kanzul ‘Ummal ; Asna Al-Matalib, 1/162 ; Al-Maqasid Al-Hasanah (Dinilai sebagai Hadis Dhoif), 1/395)
Hasil dari kenyataan JAKIM tersebut, ia secara jelas telah memberikan pengesahan awal bahawa semua ayam yang terdapat di Malaysia adalah selamat dan bersih dari enzim babi tersebut.
Bagi orang awam, kenyataan tersebut adalah cukup bagi orang awam untuk membeli dan menggunakan ayam yang berada di pasaran kerana semuanya telah ditanggung oleh pihak berwajib yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab adalah yang akan dipertanggungjawabkan didunia, alam barzakh dan akhirat.
Adapun bagi pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang punyai kredibiliti dan kemampuan untuk membuat kajian lanjut, mereka amat digalakkan untuk membuat kajian dan pendedahan kepada JAKIM dengan kadar segera demi manfaat seluruh umat Islam. Ia juga amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat 'check and balance' atau sebagai penyemak kedua kepada hasil kajian yang dibuat oleh JAKIM atau Jawatankuasa khas tersebut.
Ia amat baik kerana dapat mencegah mana-mana pihak berwajib dari membuat kerja secara 'melepaskan batuk di tangga' atau 'janji siap'.
Sudut Hukum 
Dari sudut hukum pula, saya tidak sempat untuk membuat semakan dan rujukan dengan teliti. Cuma salah satu pandangan yang pernah diwarwarkan adalah jika bahan-bahan tumbesaran itu dibuat dari salah satu bahan dari babi seperti enzim, kemudian ia digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran tanaman dan sayuran.
Sebahagian ulama kontemporari memberi fatwa ianya adalah halal dan harus untuk menggunakan sayuran itu. Ini adalah kiranya enzyme babi itu hanya menjadi salah satu komponen kecil dari seluruh proses penumbuhan dan tumbesaran tanaman itu.
Ulama kumpulan ini berpegang kepada fatwa berkenaan proses ‘istihalah' atau 'transformasi' bahan dari babi kepada menjadi bahan lain yang bukan lagi babi disebabkan molekul dan susunan zarah babinya sudah bercampur aduk dengan zarah-zarah bahan lain. Hasilnya, ia bertukar sifat kepada bahan lain dan menghilangkan sifat ‘babi' nya itu.
Fatwa ini juga menyatakan jika bahan enzyme babi itu merupakan kandungan utama kepada proses, tatkala itu tanaman yang terhasil adalah tidak halal untuk digunakan oleh umat Islam.
Bagaimanapun, sebahagian ulama lain seperti Dr Md al-Hawari (Mesir), Dr Abd Naseer Abul Basal (Jordan) dan lain-lain menganggap juzuk, zarah atau molekul dari seekor babi mengikut kajian mereka yang bertawliah, tidak boleh berubah walaupun melalui proses 'istihalah' atau 'transformasi' berbeza dengan molekul dari haiwan-haiwan lain. Wallahu 'alam.



Jika dilihat dalam keputusan persidangan ulama Islam bagi isu-isu perubatan di Kuwait pada 22-24 Mei 1995. Mereka ada membincangkan tajuk "Bahan-bahan Haram dan Najis di dalam makanan dan ubat" yang mana keputusannya menyebut :-
Istihalah adalah proses berubahnya sesuatu 'ain kepada 'ain yang lain dimana berlaku perubahan dalam sifatnya sehingga menjadikan sesuatu yang najis berubah kepada bahan baru yang suci dan sebaliknya.
Justeru,
a) Gelatin yang terbentuk dari proses 'istihalah' tulang, daging dan kulit haiwan najis adalah dikira suci dan halal dimakan.
b) Sabun yang dibuat hasil proses 'istihalah' lemak babi atau bangkai telah menjadi suci melalui proses istihalah dan halal digunakan.
c) Krim, gel, minyak dan bahan kecantikan yang mengandungi bahan dari lemak babi adalah tidak harus digunakan kecuali apabila dapat dipastikan proses istihalah lemak babi tadi telah berlaku sehingga 'ainnya ( atau molekul ain) telah berubah ke satu sifat baru. Selagi tidak dapat dibuktikan, ia adalah najis. ( Tamat terjemahan keputusan persidangan di atas)


Kita serahkan kepada Panel kajian hukum JAKIM untuk membuat keputusan dalam hal ini disebabkan mereka lebih mempunyai kemudahan untuk menyemak beberapa hal teknikal di atas.
Sebagai akhirnya, mana-mana pihak yang mempunyai informasi yang ‘credible' dalam hal ini juga boleh memberikan info samada melalui ruangan komentar di web ini atau diemailkan terus kepada saya melalui zaharuddin@yahoo.com
Sekian,
Zaharuddin Abd Rahman

MEMANG SUSAH KITA SEKARANG... MANA TAK KITA SEMUA OBESE.. ANAK2 KITA OBESE... HARI2 MAKAN AYAM... ENTAH2 AYAM2 TU ADA ENZYME2 BABI.. ADUSS... yA ALLAH.. AMPUN KAN KAMI.. HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI...  Kalau ada peluang... kita cubalah yang terbaik untuk keluarga kita.. beli ayam yang di sembelih oleh orang Islam di kampung2.. jangan beli di hypermarket...  mahal sikit tak apa... Kurangkan makan ayam... Selain dari enzyme2 untuk mempercepatkan pembesaran ayam .. ayam2 tu juga di injek dengan antibiotik untuk mengelakkan jangkitan kuman... Jadi secara tak langsung kita juga mengambil antibiotik yang tidak diperlukan oleh badan kita dan menurunkan immuniti badan kita.... fikir2kan lah... 

Ok..hari ini pasal ayam....
untuk hiburran..  AYAM JALIL HAMID.... BUKAN LING JALIL SHARIF SAYA TAU!!..HEHE... 

BYE.. jumpa lagi di PART 2....








No comments:

Post a Comment