EMAK KU
WASITAH BINTI PAILAN @ HJ ABDULLAH
EMAK MEMANG WANITA TERCANTIK DI HATI KAMI !!.. PERCAYALAH
AMAT RATU HATI KAMI ADIK BERADIK!!
Emak... Memang kenangan bersama emak tak pernah aku lupakan selagi aku bernafas lagi.. Emak yang beriya2 menyekolahkan aku dan mahu aku dan semua adik beradik aku belajar dan mengubah kehidupan kami sekeluarga yang pada waktu itu memang sangat serba kekurangan. Ayah hanya bekerja sebagai pengait kelapa dan bersawah padi... Emak membuat pelbagai kerja .Cuba bayangkan Emak yang berbadan kecil itu boleh melakukan apa saja kerja ..asalkan boleh memperolehi duit untuk keluarga.
Rasa terkilan pun ada.. aku tak sempat untuk menuntut daripada Emak semua Ilmu yang emak ada.. macammana nak buat semua tu.. nak buat kuih2 yang sedap2 tu.. nak buat tempe..nak buat taugeh..nak buat tapai... tapi sempat juga aku belajar buat Rempeyek dari emak... Alhamdullilah...
Pada 19 April 1995.. Masa tu emak ada di rumah aku... Malam balik dari bertugas di Klinik labis ..Emak tunggu aku balik.. Emak dah siapkan Lepat pisang panas2 lagi. Dalamnya inti kelapa masin.. sedapnya... esok paginya.20 April 1995. emak buat Roti canai kuah kari.. Roti canai emak memang World sedap.. crispy.. Kiranya..aku paling beruntung sekali..kerana di saat2 akhir hayat emak ..akulah orang terakhir yang dapat bersama dengannya.. dapat merasa keenakan makanannya...
Lepas bersarapan Roti canai aku terus bekejar ke tempat kerja... kerana terlambat aku terlupa nak bersalam dan mencium mak pagi itu..aduhhhh..... menyesalnya aku... maafkan aku makkk.....
dan.. pada pukul 11 pagi aku mendapat panggilan telefon yang bagai merobek jantungku... emak meninggalkan aku untuk selama2nya.... emak terlibat dalam kemalangan jalan raya......
innalillah hiwainnalilla hirojiun.
Emak... aku dah tak dapat lagi mencium tangan emak lagi... Aku memang rindukan emak... Setiap hari aku tak pernah lupa mendoakan agar emak berada dalam taman2 Syurga..Hanya Allah yang akan membalas segala jasa dan pengorbanan Emak....... .
!r
Rindunya nak peluk Emak!!!....
EMAK IKON KU.... SAAAAAAAAAYANG EMAK!!!!!
OH IBU...EXIST
sesungguhnya senikata dalam lagu ini adalah segala yang ada dalam hati dan sanubari ku.. hayati lah lirik ini....
❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸♥☼♥ ¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤ |
OH IBU...KAU IBARAT BAYU PAGI
KEHILANGAN MU TERASA KINI DAN KESEPIAN
DAN AKU BAGAI PURNAMA GERHANA
DI IBARAT LAUTAN TIADA TEMPAT KULAYARKAN HASRAT KU INI
MASIH BELUM SEMPAT KU BUKTIKANNYA
PADA MU IBU TERSAYANG
KUCURAHKAN RASAHATI
KU TATAPI POTRET MU BERULANG KALI
KU RENUNG KALIMAH YANG DI BERI
TUHAN YANG ESA..AMPUNI DOSA IBU
TEMPATKAN MEREKA..DI ANTARA KEKASIH2 MU
OH IBU.. KAU KEKASIH SEJATI..
KU TABURKAN DOA..UNTUK MU IBU
AMPUNI LAH DOSA KU SEJAK KU DI LAHIRKAN
HINGGA AKHIR HAYAT MU..
DI SAAT INI... KU TERUSKAN HIDUP.. TANPA MU BERSAMA MU IBU...
¸.•*¨`*•.♫❤♫❤♫❤❤♫❤♫❤.•*¨`*•..¸ |
No comments:
Post a Comment