ASSALAMUALAIKUM..
SALAM 1 MALAYSIA
Seletah 2 tahun tidak menulis, hari ini saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya selama 2 tahun dalam hidup ini.
Dari seorang yang sihat, selalu mengamalkan diet yang sihat, memgamalkan pengambilan supplement dari kompani X lebih dari 10 tahun, tiba2 saya di sahkan mengidap penyakit Rheumatoid Arthritis oleh Dr Shukor Rheumatologist dari Hospital Tawakal Kuala lumpur. Ianya bermula bila saya mendapat sakit lutut sebelah kanan, saya pergi berjumpa Dr Rosman pakar Orthopedic dari Hospital Pakar Damansara. Katanya saya mengidap Osteoarthritis, saya di sarankan mengambil glucosamine dan exercise untuk menguatkan lateral ligament saya. Setahun saya makan glucosamine, exercise tu jarang2 la sebab malas..hihi.. tapi tiada perbezaannya. malah lutut sebelah kanan pula mula sakit. semua ujian darah untuk Arthritis Study telah saya buat.. keputusannya ESR dan Serum Hc Reactive protein saya tinggi. Yang lain semua normal. Semakin hari kedua2 lutut semakin sakit, saya memakai knee guard kesana kemari.
Saya tak ingat berapa lama kemudian saya perasan semua jari2 tangan saya juga bengkak dan sakit. waktu itu lah baru saya berjumpa Dr Syukor, di admit di ward untuk segala ujian. Dan di sahkan mengidap Rheumatoid Arthritis.
APAKAH ITU PENYAKIT RHEUMATOID ARTHRITIS?
HARI ini saya ingin berkongsi satu lagi maklumat baru buat semua pembaca. Sudah lama tidak menulis tentang kesihatan. Ya, pernah dengar rheumatoid arthritis? Ha, mungkin ada yang telah biasa mendengarnya. Buat yang pertama kali menerima ungkapan ini, mari kita ambil tahu. Apa itu rheumatoid arthritis?
Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Bahayakah penyakit ini? Baiklah, sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit ini.
Kebarangkaliannya akan meningkat pada usia 30 sehingga 50 tahun. Wanita yang belum mengalami putus haid adalah lebih berisiko untuk mendapat penyakit ini berbanding kaum lelaki.
Apa punca penyakit ini? Punca utama penyakit ini masih belum dikenal pasti secara tepat. Namun, kebanyakan teori mengaitkannya dengan tindak balas autoimun. Genetik juga memainkan faktor penyumbang terhadap penyakit ini.
Bagaimana mahu mencirikan penyakit ini ya? Terdapat beberapa kriteria dan simptom yang boleh dikenal pasti untuk mengesahkan penyakit rheumatoid arthritis. Tanda-tanda awal ialah di mana berlakunya pembengkakan pada membran sinovial (synovial membrane) dan tisu penyambung.
Pesakit biasanya akan mengalami sakit pada tiga atau empat sendi terutamanya pada sendi-sendi tangan, kaki dan pergelangan tangan terutama pada waktu pagi, selepas bangun dari tidur. Ciri ini akan berlaku kebiasaannya pada kedua-dua belah anggota badan (symmetrical affection). Penyakit akan berlanjutan sekurang-kurangnya kira-kira enam minggu.
Diagnosis juga boleh dilakukan dengan melakukan beberapa siri ujian. Ujian rheumatoid factor kebanyakannya didapati positif disamping meningkatnya juga nilai C-reactive protein (CRP) dan erythrocyte sedimentation rate (ESR), Sinaran x (x-ray) yang dijalankan juga mendapati berlakunya hakisan (erosions) pada sendi dan bahagian tulang yang terlibat.
Saya di beri ubat antikanser Methotrexete (MTX)10mg dan prednisolone 10 mg (Steroid). Mula2 saya di arahkan untuk makan 4 biji MTX seminggu sekali dan sebiji Prednisolone 1 biji setiap malam. Saya di kehendaki membuat ujian darah secara berkala 2 atau 3 bulan sekali. Dari 4 biji saya rasa tiada banyak perubahan, jadi diarahkan untuk meningkatkan dos MTX kepada 5 biji, naik 6 biji dan akhirnya 7 biji seminggu. Setelah lebih satu tahun saya masih rasa lagi penyakit itu belum banyak perubahan. Pagi2 saya masih lagi mengalami stiff pada jari2 dan sakit seluruh sendi badan. Rhaematologist menasihatkan saya untuk menambah satu lagi ubat antikanser ia itu AVIRA. Belum sebulan saya mengambil Avira, saya perasan ada hitam2 di bibir saya dan di dalam mulut saya. Saya terus membuat ujian darah untuk mengetahui apa yang berlaku. Hasil ujian darah sangat mengejutkan saya!!!..
SAYA MENGIDAP BENGKAK HATI DAN KENCING MANIS. Enzyme hati saya meningkat tinggi dan paras glukos juga amat tinggi. Ubat2 antikanser dan Steroid yang saya ambil telah merosakkan Hati dan Pankreas saya... makkkk tolongggg!!!. Saya mengambil keputusan untuk memberhentikan semua ubat2an yg saya ambil serta merta!.
Saya tak ingat berapa lama saya menderita lepas semua ubat2 tu di OFFkan. pagi2 semua sendi2 kecil saya keras dan sakit... sendi2 yang lain juga sakit. Bukan setakat sendi, tendon2 juga sakit. Susah untuk berjalan di pagi hari, merangkak2 untuk bangun. Menderita sungguh saya pada masa itu. Jika pergi shopping, anak2 saya menolak saya menggunakan kerusi roda. Juga jika hendak berjalan2. Saya ke USS singapore juga di tolak atas kerusi Roda oleh anak2 saya. saya ke Genting Highland di tolak oleh kawan baik saya dr mariam!.. kesihan saya pada masa itu..
atas ni gambar anak2 menolak saya di USS.. kesihan dia orang..hihi
kesihan Dr Mariam kena menolak saya di Genting Highland!
Begitulah... on and off saya terpaksa makan painkiller dan terpaksa injek steroid. Tak ada pilihan. Masa itu saya rasa macam hidup saya sudah gelap!.. Impian untuk perjalan keluar negara musnah.. huhu!!
Satu hari ..saya tak ingat bila my Darling Dr Mohd Jalil balik dari Klinik dan mengesyorkan saya mengambil satu product dari Jepun, Izumio dan Lutein. Sebab ingin baik saya keluarkan duit sebanyak RM5035 untuk saya mencuba produk itu. Memang mengejutkan saya bila mengambil produk tersebut.. 1 pack Izumio dan 2 biji Lutein, , pagi2 jari2 saya lembut. sakit sangat berkurangan. Untuk sebulan pertama saya ada mendapat sakit kepala yg kuat reaksi dari 2 produk tersebut!. Saya telan saja ubat antimigraine , sebab saya memang pengidap migraine tegar..haha..
Saya mengambil produk ini lebih dari setahun dan saya rasa kualiti Hidup saya sangat bertambah. Saya tidak perlu menggunakan Kerusi roda lagi untuk shopping dan saya boleh keluar negara juga melancung... wahhh... bagusnya produk ini!!!
Ini lah dia produk ajaib itu. Sebagai seorang doktor perubatan saya rasa macam tidak masuk akal.. Tapi ianya benar!.
Saya mula percaya dengan produk ini dan saya masuk menjadi Ahli kompeni yang memasarkan produk ini ia itu Naturally Plus Malaysia.. Saya berkongsi pasa beberapa pesakit saya yang mengidap penyakit kronik seperti Kanser, Kencing Manis, Darah tinggi, Stroke , penyakit buah pinggang Kronik dan lain. Wahhh... hasil yang sangat susah untuk di percayai oleh saya sebagai seorang Doktor!!..
Saya telah mendapat melancung ke Jepun seletah hanya dua bulan membuat sharing!.. wow!!.. di bawa ke kilang Izumio dan melawat merata2 termasuk ke Tokyo DisneyLand..
hurmmm... itulah cerita saya buat permulaan terlibat dalam live saving bisness. Saya akan perkongsi dari masa kemasa tentang hebatnya produk ini. Saya tak menyatakan produk lain tidak baik, tapi produk ini superb dan sangat berkesan. Percayalah cakap saya!..
ok.. disi ni dulu.. bye2!!
Assalam Dr Siti, isteri saya baru menghidap penyakit Rheumatoid Arthitis. Dia juga seorang patient kepada Dr Shukur & sampai sekarang selepas makan Prednisolone & MTX selama 2 bulan, keadaan semakin teruk. Boleh saya dapat contact no Dr Siti so that we can share about your healing process? My email is azrin.ahmad@me.com
ReplyDeleteAssalam Dr Siti,what a coincidence!
ReplyDeleteMak saya juga patient Dr Shukur dan consume MTX 5biji.saya risau juga sbb yg saya faham sooner or later akan effect hati MTX tu.
bagaimana saya nak tau lebih lagi tentang produk lutein & izumio tu?
Tq Dr.
Assalam Dr Siti....saya Ada pesakit RA...bgmana cara saya nk tth pasal produk lutein &izumo tu Dr....hrp dpt membantu...
ReplyDeletehttps://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLXrcZRZ3pqJiq4c1M6nZj-G01soXgnX1z0mDlv4Or2C0Wag/viewform?usp=sf_link
ReplyDeletehello, good morning.
i'm fitrah. i am conducting a survey on functional abilitis of upper limb/extremities for person with RA. it is because my mom also one of it. thus i choose this title for my final project to know more about the condition and how pain, morning stiffness can impact functionality in daily life.
i hope madam/ sir willingly help me to fill the survey.
your information will be keep safely and not spread to other.
open link above. thank you
Salam Dr.Sy jg mendptkan treatment yg sama seperti Dr.Tp kesan ubt Methotrexate sgt cpt,membuatkan sy mual & dr pinggang hingga bwh sakit seperti mengalami vericose veins yg sgt teruk(menangis sy).Sy merayu sgt agr Dr dpt berkongsi bgmn boleh sy dptkan supplement tersebut bcoz sy yg didiagnos oleh doktor ada RA & my son SLE.Bgmn sy nk hbgi Dr?Sy boleh dihbgi di ms.arzue@gmail.com
ReplyDelete