Pages

Tuesday, May 3, 2011

OBESE.... LEMAK...FAT...LIPID...OIL..... APA KE BENDANYA....JOM BELAJAR... PART 5

Assalamualaikumwarohmatullahhiwabarakatuh..
Pagi ni terlalu banyak sangat kerja... Pagi dah bangun buatkan breakfast anak2... kecoh sikit hari ni... dah nak pergi sekolah..tie syamir anak lelaki saya hilang pulak.. puas cari tak jumpa... habis la kena rotan budak ni  nanti... tak apa pengajaran..lain kali balik sekolah letak baik2... pergi kerja tak sempat break fast... makan 2 biji epal saja hari ni!!.... tak apa la cukup la tu...




Sambil2 tengok METRO... tengok gambar kereta ni... wow.. dream..dream... cantik tak?..hidup kena ada impian.. baru kita selalu positive.... Jangan takut untuk berIMPIAN..jangan berangan...


Kita selalu mendengar perkataan LEMAK atau FAT... tapi sebenarnya anda tahu ker apa itu lemak?... Apa pula MINYAK?.. apa pula LIPID?... owhhh...pening..pening...

LEMAK/FAT adalah sebenarnya sejenis nutrient juga. Ianya di perlukan oleh badan kita untuk hidup. Tanpa lemak kita tidak boleh hidup.

Kandungan nya adalah Triester of Glycerol + Fatty acid (tak faham pun tak apa.....)


Diet yang Ideal mengandungi 30% FAT, 30% PROTEIN dan 40% KARBOHIDERAT...

Lemak/Fat tidak merangsang langsung pengeluaran Insulin...

Hanya glucose yang merangsang pengeluaran insulin..

Kandungan LEMAK dalam badan kita yang ideal adalah

                WANITA                                             LELAKI
                 25%-31%                                            18%-25%
OBESE  >32%                                                     >25%

Percent di atas adalah dari keseluruhan berat badan anda (Total body weight). Ada penimbang yang boleh mengukur total body fat anda.. ukur lah...

 Dalam bentuk cecair di panggil OIL atau MINYAK

 Dalam bentuk pepejal atau solid di panggil FAT

LIPID adalah meliputi kedua2 OIL dan FAT..

FAT/LEMAK boleh dari sumber haiwan contohnya..Butter, Lard, cream
FAT/LEMAK dari sumber tumbuhan contohnya minyak zaiton, minyak kacang soya dan sebagainya..

KENAPA MAKAN KARBOHIDERAT BOLEH JADI LEMAK?... BUKAN GEMOK SEBAB MAKAN LEMAK KER?...

his... tak faham2 lagi...

Bukan lemak yang menyebabkan anda gemok..tetapi kalori berlebihan dari pembakaran lemak, protein dan karbohiderat yang menyebabkan anda gemok..

Kesemua lemak, protein dan karbohiderat ini... unsur asas binaan mereka semua adalah CARBON (C), OKSIGEN (O) DAN HYDROGEN(H)...

Semuanya terdiri dari rangkaian rantai2 C,H,O sahaja.. cuma berapa banyak C,H,O dan berapa panjang serta berapa kompleks binaan mereka sahaja yang membezakan mereka... Sama juga dengan Manusia ..Melayu , Cina dan India..Kita serupa..semua terdiri dari asas binaan yang sama... Kalau saya nak cerita dan tunjuk struktur2 dan proses2 yang menukarkan karbohidrat ke lemak...... pening nanti... saya pun bukan ingat  sangat hehe,....peace...(^_*)....

OK..

JENIS2 LEMAK...

Anda kena tahu jenis2 lemak.. supaya anda menjadi orang yang bijak dalam memilih makanan dalan diet harian anda dan anda boleh share dengan kawan2 dan keluarga anda...

1.SATURATED FAT (LEMAK TEPU)
Lemak jenis ini sangat komplek. setiap molekulnya di saluti dengan molekul Hydrogen. padat dan susah untuk di huraikan. Ianya terdapat pada lemak haiwan.Juga Lemak dari kelapa dan kelapa sawit (yang ini banyak yang mempertikaikan..sebab kelapa dan kelapa sawit adalah tumbuhan...saya tak tahu). Lemak jenis ini sangat tidak bagus. Anda harus kurangkan pengambilannya. Ianya banyak mengandungi Kolesterol.

saturated fat di kenali sebagai BAD FAT...

2.UNSATURATED FAT

MONOUNSATURATED FAT ; Lemak jenis ini ada ruang satu ruang antara molekul Hydrogennya.Tidak begitu padat dan mudah sedikit untuk dihuraikan oleh badan kita.  Ianya terdapat pada minyak zaiton, minyak kacang tanah dan avocado.

POLYUNSATURATED FAT: Lemak jenis ini mempunyai banyak ruang antara molekul hydrogennya. Sangat longgar molekulnya. Lemak jenis ini sangat baik untuk kesihatan.  Lemak ini boleh menurunkan Cholesterol dalam darah kita. Contoh pada Ikan dikenali sebagai Omega 3. Sumber lemak jenis ini adalah Minyak Ikan, minyak bunga matahari, minyak biji anggor.

Unsaturated fat mengandungi Essensial Fatty Acid yang sangat di perlukan oleh badan kita.

Unsaturated fat di kenali sebagai GOOD FAT.. 

3. TRANS FAT

Ini adalah lemak Sintetik atau lemak buatan. Ianya lemak yang di masukkan Hydrogen didalamnya. Tujuannya untuk menjadikannya keras. Kadang2 dalam label makanan ianya di tulis sebagai PARTIALLY DEHYDROGENATED FAT..  ianya boleh dari polyunsaturated fat atau dari monounsaturated fat..
Pengilang makanan kadang2 melebelkan pelbagai untuk menyembunyikan perkataan trans fat ini.. ada yang melebelkan sebagai hydrogenise oil, partially hydrogenise.. dsb.

contoh trans fat adalah ; shortening, bread softener dan sesetengah dari margerine...

LEMAK JENIS INI SANGAT TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN.. TIDAK DIPERLUKAN OLEH BADAN.. BERTINDAK SEBAGAI FREE RADIKAL PADA BADAN KITA DAN AGEN KANSER!!!..MENAIKKAN KOLESTEROL ....INGAT!!!... MAKAN SEKALI SEKALA SAHAJA... SAYANGI BADAN KITA... LIHAT LABEL BILA MAHU MEMBELI MAKANAN SEGERA!!...


Trans fat  gunakan di dalam..makanan segera.. FRENCH FRIES, PIZZA, PASTRIES, DOUGHNUT, ROTI DAN PERBAGAI KEK..


Di luar negara.. mereka banyak membincangkan tentang trans fat ini. Mereka memboikot kedai makanan yang menggunakan transfat.. Restoran MCD.. mendapat pelbagai tentangan di sebabkan penggunaan trans fat dalam setiap penyediaan makanannya.

Untuk meyedapkan kentang goreng ini, ianya di goreng dengan mencampurkan trans fat... memang sedap kentang goreng di MCD... tak sama dengan yang kita goreng di rumah... sudah tentu!!!!


     TRANS FAT DI GUNAKAN MELUAS DI KEDAI KEK.....   JANGAN LAH SELALU MAKAN MAKANAN DARI BAKERY... SEMUANYA SEDAP UNTUK LIDAH SAHAJA....



Pelbagai pilihan TRANS FAT di sini... pilih lah..hehe

You are what you eat....


Apa kata kalau kedai2 di Malaysia ada papan tanda ini... Ada ke yang kisah...




PLEASE..... NO TRANS FAT!!!!!.....





CHOLESTEROL

Apa dia KOLESTEROL/ CHOLESTEROL?

Kenapa orang takut sangat pada cholesterol?

Jika anda berjumpa doktor anda.. Membuat ujian  CHOLESTEROL yang kenali sebagai  "Coronary Risk Studies".

Anda akan terjumpa

CHOLESTEROL (TOTAL)
CHOLESTEROL (HDL)...good cholesterol lagi tinggi lagi baik
CHOLESTEROL (LDL)... bad cholesterol lagi rendah lagi baik
TRIGLYSERIDE
CHOLESTEROL TOTAL/ HDL ;RATIO... lagi kecil lagi baik...

Yang paling penting untuk anda tahu hanyalah total cholesterol anda.... yang lain kalau anda berminat bolehlah bertanya doktor anda.

Kolesterol adalah bahan berlilin yang di kilang oleh hati kita..Ianya diperlukan oleh tubuh kita untuk membuat Hormon, vitamin D dan banyak lagi dan ianya perlu untuk badan kita. Badan Kita mengeluarkan Kolesterol sendiri dan mencukupi untuk kegunaan harian. Kita tidak perlukan kolesterol dari makanan kita...

Kolesterol yang berlebihan dipercayai berkaitan dengan penyakit jantung. Ianya dipercayai menyebabkan penyumbatan pada salur darah jantung. Pakar2 wellness mempertikaikan kebenaran perkara ini sebab dari kajian didapati kebanyakan pesakit jantung koronari mempunyai level kolesterol yang normal dan ramai pula Individu2 yang mempunyai level kolesterol yang sangat tinggi tetapi tidak mempunyai penyakit jantung koronari. Saya akan bercerita mengenai perkara ini di masa akan datang InsyaAllah......


MARGARINE VS BUTTER

Sekarang anda nak pilih yang mana?.. margarine atau Butter?..


1. BUTTER... mengandungi saturated fat yang tinggi (bad fat). Ianya semula jadi, mengandungi vitamin yang larut lemak A,D.E.K. Mengandungi cholesterol yang berpatutan.



2. MARGARINE ... Daripada lemak tumbuhan..boleh jadi monounsaturated atau polyunsaturated fat. Daripada God fat. Margarine di buat di kilang dengan proses penghydrogenan untuk menjadikan ia daripada cecair ke pepejal margerine. Vitamin E musnah dalam proses pembuatannya.Jadi Margerine mengandungi TRANS FAT.. yang tinggi. Lagi keras margarine pada suhu bilik..bermakna semakin tinggi kandungan trans fat di dalamnya...

TRANS FAT ..... apa keburukannya?

1. Meningkatkan kolesterol meningkatkan risiko penyakit jantung ( 3 kali ganda)
2. Meningkatkan risiko mendapat kanser (5 kali ganda)
3. Menurunkan Immuniti badan
4. Menurunkan Quality susu badan




JADI ANTARA BUTTER DAN MARGARINE...LU FIKIR LAH SENDIRI..
DI PASARAN SEKARANG TERDAPAT MARGARINE YANG TIADA TRANS FAT... 'SOFT MARGARINE'....YANG TERBAIK DARI POLYUNSATURATED FAT LAGI... CARI LAH DI PASARAYA2 DAN PILIH LAH MARGARINE YANG BETUL UNTUK ROTI ANDA.. BUATLAH PILIHAN YANG BIJAK....


Antara margarine2 yang baik...... pilih lah..... macam2 ada....

Ok lah..untuk hari ini.. jumpa lagi di PART 6... kita cerita lagi tajuk memilih makanan yang bijak dalam berdiet dan peranan AIR...

ok..BYE...

wassallam







                 








No comments:

Post a Comment